Rencana

Apa mungkin jadi kepada Pakatan jika hudud jadi isu sewaktu PRU ke-13 – Lim Kit Siang

Kalaulah hudud menjadi isu hangat penuh kontroversi pada PRU ke-13 pada 5 Mei 2013, Barisan Nasional bukan sahaja akan mendapat kembali majoriti dua-pertiga di Parlimen untuk membuat persempadanan semula sesuka hati, Pakatan Rakyat pula mungkin kehilangan Selangor selain Kedah, manakala Johor akan kembali menjadi kubu ‘fixed-deposit’ BN.

Isu hudud tidak sama sekali pernah mahupun akan menjadi faktor kemenangan pilihanraya bagi PAS berdasarkan bukti-bukti pilihanraya yang lalu.

PAS dan PKR memenangi kesemua 8 kerusi parlimen dan 28 daripada 32 kerusi di Terengganu pada PRU ke-10 tahun 1999 akibat daripada tindakbalas terhadap UMNO berikutan penangkapan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan gerakan Reformasi.

Namun setelah meluluskan enakmen hudud pada tahun 2001, PAS dan PKR hanya mampu mengekalkan 1 daripada 8 kerusi parlimen, serta 4 daripada 28 kerusi DUN pada PRU ke 11 tahun 2004.

Tambahan lagi, PAS dan PKR menang 4 daripada 8 kerusi parlimen dan 15 daripada 32 kerusi DUN di Terengganu pada PRU ke-13 tanpa berkempen secara jelas untuk melaksanakan hudud di negeri itu.

Malah, menurut ‘5 Janji Awal Manifesto PAS Terengganu’ dan ‘5 Lagi Manifesto PRU13’ isu hudud langsung tidak disebut. Kegagalan untuk menyebut tentang hdud dalam manifesto negeri tidak menyebabkan PAS kehilangan sokongan di Terengganu.

Apa yang menarik ialah, walaupun PAS Terengganu menyertakan pelaksanaan enakmen hudud dalam manifesto Barisan Alternatif Terengganu sebelum PRU tahun 2008, PAS dan PKR tidak pun mendapat pertambahan kerusi mahupun pertambahan undi di negeri itu.

PAS hanya menang satu kerusi parlimen dan hanya mampu menambahkan jumlah kerusi DUN dari 4 kepada 8 dalam PRU tahun 2008. Di saat sokongan terhadap BN jatuh 11% seluruh negara pada tahun antara 2004 dan 2007, sokongan BN di Terengganu hanya berkurang 0.5%.

Bukankah ini petunjuk bahawa pengundi di Terengganu memandang isu lain lebih penting berbanding pelaksanaan hudud?

Apa jadi kalau PAS berkeras mahu Pakatan memasukkan hudud sebagai sebahagian daripada manifestonya sebelum PRU ke-13?

Pertamanya, DAP pastilah tidak akan bersetuju dengan cadangan sedemikian.

Bagaimanapun, mari kita lakukan suatu latihan mudah dan mengandaikan bahawa inilah keadaannya sebelum PRU ke-13.

Dalam keadaan sedemikian, pertambahan sokongan Melayu terhadap Pakatan boleh diabaikan. Kalau hudud boleh menjamin pertambahan ketara dalam sokongan pengundi Melayu untuk mana-mana parti atau koalisi yang mencadangkannya sebagai sebahagian daripada manifesto, UMNO dan BN pastinya telah mempertimbangkannya sebagai cara untuk menyelamatkan sokongan yang kian lemah terhadap mereka.

Tetapi untuk tujuan perbahasan, kita akan bermurah hati dan mengandaikan bahawa sokongan Melayu terhadap Pakatan akan bertambah sebanyak 1%.

Bahaya terhadap Pakatan dari segi sokongan bukan Melayu pastilah jauh lebih ketara. Melihat kepada PRU tahun 1999, di mana sokongan bukan Melayu hampir sahaja tidak menyebelahi BN sekiranya BN tidak dengan cemerlangnya melakar persepsi bahawa satu undi untuk Barisan Alternatif adalah undi menyokong negara Islam, sokongan Pakatan terhadap hudud mungkin sahaja mengurangkan sokonga bukan Melayu terhadapnya sebanyak antara 10-20%.

Dalam senario pertama di mana Pakatan mengalami susutan 10% sokongan bukan Melayu berbanding peningkatan 1% sokongan Melayu, Pakatan hanya akan memenangi 70 kerusi parlimen atau 32% daripada keseluruhan jumlah kerusi berbanding 89 kerusi parlimen atau 40% yang dimenanginya kini.

Dalam senario kedua, di mana sokongan bukan Melayu untuk Pakatan menyusut sebanyak 15%, Pakatan hanya akan memenangi 57 kerusi parlimen atau 26%, dan dalam senario ketiga, dalam keadaan sokongan bukan Melayu menyusut sebanyak 20%, Pakatan hanya akan mampu memenangi 46 kerusi, atau 21%.

Dalam kesemua keadaan ini, PKR akan menjadi pihak paling rugi memandangkan kerusi kawasan campuran PKR dimenangi dengan majoriti yang lebih sedikit (berbanding kerusi-kerusi DAP).

Dalam ketiga-tiga senario, Pakatan pastinya tewas manakala Barisan Nasional pula akan meraih kembali majoriti dua-pertiga parlimen untuk membolehakkannya melakukan persempadanan semula kawasan piliharaya secara sesuka hati demi meneruskan cengkaman tidak demoktratiknya terhadap kekuasaan.

Bilangan kerusi parlimen yang mungkin dimenangi Pakatan dalam PRU ke-13 dalam tiga senario berbeza

Keputusan PRU ke-13

Senario 1 (undi Melayu kepada PR meningkat 1%, undi bukan Melayu susut 10%)

Senario 2 (undi Melayu kepada PR meningkat 1%, undi bukan Melayu susut 15%)

Senario 3 (undi Melayu kepada PR meningkat 1%, undi bukan Melayu susut 20%)

PAS

21

18

18

16

DAP

38

30

25

23

PKR

30

22

14

7

Jumlah

89 (40%)

70 (32%)

57 (26%)

46 (21%)

 Bagaimana pula dengan kerusi DUN? Bagaimana bilangan kerusi DUN yang dimenangi Pakatan boleh berubah dalam PRU ke-13?

Menggunakan kiraan yang sama dalam tiga senario di atas, Pakatan mungkin susut 40 kerusi, 63 kerusi dan 95 kerusi dalam bilangan kerusi DUN yang dimenangi dalam senario 1,2 dan 3 masing-masing.

Bilangan kerusi DUN yang dimenangi Pakatan di Semenanjung Malaysia pada PRU ke-13 dalam tiga senario berbeza

Keputusan PRU ke-13

Senario 1 (undi Melayu kepada PR meningkat 1%, undi bukan Melayu susut 10%)

Senario 2 (undi Melayu kepada PR meningkat 1%, undi bukan Melayu susut 15%)

Senario 3 (undi Melayu kepada PR meningkat 1%, undi bukan Melayu susut 20%)

PAS

85

77

71

62

DAP

95

77

67

57

PKR

49

35

28

15

Jumlah

229 (45%)

189 (42%)

166 (37%)

134 (30%)

Mungkinkah hudud menyelamatkan kerajaan Pakatan Rakyat di Kedah? Jawapannya mudah, tidak. Malah, Pakatan mungkin kehilangan lebih banyak kerusi DUN sekiranya hudud menjadi sebahagian daripada manifesto PRU ke-13 Pakatan.

Bilangan kerusi DUN yang dimenangi Pakatan di Kedah pada PRU ke-13 dalam tiga senario berbeza

Keputusan PRU ke-12

Senario 1 (undi Melayu kepada PR meningkat 1%, undi bukan Melayu susut 10%)

Senario 2 (undi Melayu kepada PR meningkat 1%, undi bukan Melayu susut 15%)

Senario 3 (undi Melayu kepada PR meningkat 1%, undi bukan Melayu susut 20%)

PAS

9

7

7

5

DAP

2

1

1

0

PKR

4

3

3

1

Jumlah

15 (42%)

11 (31%)

11 (31%)

6 (17%)

Dalam senario 1 dan 2 dalam jadual 3 di atas, Pakatan hanya akan menang 11 kerusi DUN berbanding 15 yang dimenanginya dalam PRU ke-13. Dalam senario ketiga, Pakatan hanya akan menang 6 kerusi DUN kerana kurangnya undi bukan Melayu akan menghilangkan banyak kerusi marjinal ketiga-tiga parti.

Bagaimana pula keadaan di Pulau Pinang dan Selangor?

Mujurlah majoriti yang dimenangi Pakatan di Pulau Pinang begitu besar sekali dalam PRU ke-13, Pakatan masih mampu mempertahankan kerajaan negeri walaupun dalam senario ketiga. (Lihat jadual 4 di bawah) Jumlah kerusi yang dimenangi Pakatan akan menyusut menjadi 25 (daripada 40) dalam senario ketiga.

Bilangan kerusi DUN yang dimenangi Pakatan di Kedah pada PRU ke-13 dalam tiga senario berbeza

Keputusan PRU ke-13

Senario 1 (undi Melayu kepada PR meningkat 1%, undi bukan Melayu susut 10%)

Senario 2 (undi Melayu kepada PR meningkat 1%, undi bukan Melayu susut 15%)

Senario 3 (undi Melayu kepada PR meningkat 1%, undi bukan Melayu susut 20%)

PAS

1

1

1

1

DAP

19

19

19

17

PKR

10

7

7

7

Jumlah

30 (75%)

30 (75%)

27 (68%)

25 (63%)

Namun, ia tidaklah terlalu positif untuk Selangor. Di bawah senario 3, Pakatan akan hilang kuasa kerana hanya akan menang 21 daripada 56 kerusi DUN. PAS dan PKR akan hilang majoriti kerusi di bawah senario 3 (dibandingkan dengan DAP).

Bilangan kerusi DUN yang dimenangi Pakatan di Kedah pada PRU ke-13 dalam tiga senario berbeza

Keputusan PRU ke-13

Senario 1 (undi Melayu kepada PR meningkat 1%, undi bukan Melayu susut 10%)

Senario 2 (undi Melayu kepada PR meningkat 1%, undi bukan Melayu susut 15%)

Senario 3 (undi Melayu kepada PR meningkat 1%, undi bukan Melayu susut 20%)

PAS

15

12

9

5

DAP

15

13

12

11

PKR

14

13

12

5

Jumlah

44 (79%)

38 (68%)

33 (59%)

21 (38%)

Bagaimana dengan kerusi DUN di Johor?

Pakatan mencapai kejayaan penting di ‘kubu kuat’ BN ini dengan memenangi 5 kerusi Parlimen dan 18 kerusi DUN pada PRU 2013, daripada 1 kerusi Parlimen dan 6 kerusi DUN pada PRU 2008. Pakatan kurang satu kerusi untuk menafikan majoriti dua per tiga dalam Dewan Undangan Negeri.

Namun jika hudud menjadi sebahagian manifesto Pakatan dalam PRU 2013, kejayaan ini tidak akan dicapai. Menurut jadual di bawah, Pakatan hanya akan menang 8 kerusi DUN di bawah senario 1, 7 di bawah senario 2 dan 4 di bawah senario 3, iaitu lebih teruk berbanding PRU sebelumnya.

PAS akan dinafikan perwakilan dalam DUN di bawah senario 3.

Bilangan kerusi DUN yang dimenangi Pakatan di Kedah pada PRU ke-13 dalam tiga senario berbeza

Keputusan PRU ke-13

Senario 1 (undi Melayu kepada PR meningkat 1%, undi bukan Melayu susut 10%)

Senario 2 (undi Melayu kepada PR meningkat 1%, undi bukan Melayu susut 15%)

Senario 3 (undi Melayu kepada PR meningkat 1%, undi bukan Melayu susut 20%)

PAS

4

2

2

0

DAP

13

5

5

4

PKR

1

1

0

0

Jumlah

17 (30%)

8 (14%)

7 (13%)

4 (7%)

Bagaimana dengan kerusi DUN di Sabah? Dengan hanya pengurangan 10% sokongan pengundi bukan Muslim (senario 1), PKR akan kalah semua 7 kerusi yang dimenangi dalam PRU ke-13.

Bilangan kerusi DUN yang dimenangi Pakatan di Kedah pada PRU ke-13 dalam tiga senario berbeza

Keputusan PRU ke-13

Senario 1 (undi Melayu kepada PR meningkat 1%, undi bukan Melayu susut 10%)

Senario 2 (undi Melayu kepada PR meningkat 1%, undi bukan Melayu susut 15%)

Senario 3 (undi Melayu kepada PR meningkat 1%, undi bukan Melayu susut 20%)

PAS

0

0

0

0

DAP

4

4

4

3

PKR

7

0

0

0

Jumlah

11

4

4

3

Bagaimana pula prestasi Pakatan di negeri-negeri lain yang terkesan iaitu Perak, Pahang, Negeri Sembilan dan Melaka jika hudud menjadi satu isu kontroversi yang besar sewaktu PRU ke-13?

Jawapannya ialah, Pakatan Rakayat akan pastinya mengalami halangan yang sangat hebat di Perak, Pahang, Negeri Sembilan dan Melaka pada PRU ke-13 jika hudud menjadi isu kontroversi sewaktu pilihnaraya tahun 2013.

Di Perak, Pakatan hanya memerlukan dua saja kerusi untuk membentuk kerajaan pada pilihanraya tahun 2013. Seandainya hudud menjadi sebahagian daripada manifesto Pakatan, berbanding 28 kerusi DUN yang dimenangi, Pakatan hanya akan menang 17 kerusi DUN dengan susutan 20% undi bukan Melayu (Senario 3). PAS dan PKR hanya akan mendapat 1 dan 2 kerusi masing-masing daripada 5 kerusi yang ditandingi setiap satu. DAP hanya akan memenangi 14 kerusi berbanding 18 yang dimenanginya.

Jumlah kerusi DUN yang dimenangi Pakatan di Perak pada PRU ke-13 dalam tiga senario berbeza

Keputusan PRU ke-13

Senario 1 (undi Melayu kepada PR meningkat 1%, undi bukan Melayu susut 10%)

Senario 2 (undi Melayu kepada PR meningkat 1%, undi bukan Melayu susut 15%)

Senario 3 (undi Melayu kepada PR meningkat 1%, undi bukan Melayu susut 20%)

PAS

5

3

2

1

DAP

18

18

17

14

PKR

5

2

2

2

Jumlah

28 (47%)

23 (39%)

21 (36%)

17 (29%)

Di Pahang, Pakatan menang 12 daripada 42 kerusi DUN atau 28% pada PRU ke-13. Dengan isu hudud, Pakatan hanya akan menang 4 kerusi dalam keadaan paling teruk dengan susutan 20% undi bukan Melayu (senario 3). PAS dan DAP hanya akan mampu menang 2 kerusi masing-masing.

Jumlah kerusi DUN yang dimenangi Pakatan di Pahang pada PRU ke-13 dalam tiga senario berbeza

Keputusan PRU ke-13

Senario 1 (undi Melayu kepada PR meningkat 1%, undi bukan Melayu susut 10%)

Senario 2 (undi Melayu kepada PR meningkat 1%, undi bukan Melayu susut 15%)

Senario 3 (undi Melayu kepada PR meningkat 1%, undi bukan Melayu susut 20%)

PAS

3

3

2

2

DAP

7

6

2

2

PKR

2

2

1

0

Jumlah

12 (28%)

11 (26%)

5 (12%)

4 (10%)

Di Negeri Sembilan, Pakatan berjaya menafikan penguasaan dua per-tiga BN terhadap DUN dengan memenangi 14 daripada 36 kerusi DUN atau 39% pada PRU ke-13. Dengan hudud, Pakatan hanya akan menang 6 kerusi sahaja atau 17% dalam senario ketiga.

Jumlah kerusi DUN yang dimenangi Pakatan di Negeri Sembilan pada PRU ke-13 dalam tiga senario berbeza

Keputusan PRU ke-13

Senario 1 (undi Melayu kepada PR meningkat 1%, undi bukan Melayu susut 10%)

Senario 2 (undi Melayu kepada PR meningkat 1%, undi bukan Melayu susut 15%)

Senario 3 (undi Melayu kepada PR meningkat 1%, undi bukan Melayu susut 20%)

PAS

0

0

0

0

DAP

11

10

7

6

PKR

3

2

2

0

Jumlah

14 (39%)

12 (33%)

9 (25%)

6 (17%)

Di Melaka, Pakatan menang 7 daripada 28 atau 25% kerusi DUN pada PRU ke-13. Dengan isu hudud, di bawah unjuran paling teruk dengan susutan 20% undi bukan Melayu, prestasi Pakatan akan merosot sehingga hanya memenangi 3 kerusi atau 11%, kesemuanya dimenangi oleh DAP.

Jumlah kerusi DUN yang dimenangi Pakatan di Melaka pada PRU ke-13 dalam tiga senario berbeza

Keputusan PRU ke-13

Senario 1 (undi Melayu kepada PR meningkat 1%, undi bukan Melayu susut 10%)

Senario 2 (undi Melayu kepada PR meningkat 1%, undi bukan Melayu susut 15%)

Senario 3 (undi Melayu kepada PR meningkat 1%, undi bukan Melayu susut 20%)

PAS

1

0

0

0

DAP

6

5

4

3

PKR

0

0

0

0

Jumlah

7 (25%)

5 (18%)

4 (14%)

3 (11%)

Kesimpulannya, kos yang perlu dibayar Pakatan dalam pilihan raya adalah terlalu besar jika hudud menjadi sebahagian dalam manifesto Pakatan ketika PRU ke-13, kerana Umno dan Barisan Nasional akan berjaya menepis tsunami politik ketika PRU ke-12 pada tahun 2008.

Senario-senario ini perlu difikirkan dengan serius oleh seluruh rakyat Malaysia yang ingin melihat kemajuan politik negara, daripada PRU ke-12 dan ke-13 menuju PRU ke-14, dengan kemunculan Malaysia baru di mana keadilan, kedaulatan undang-undang, demokrasi, tadbir urus baik dan kemakmuran untuk semua rakyat, bukannya dengan kemunduran politik.

Kita telah melalui jalan ini betul-betul sebelum pilihanraya umum pada tahun 2004.

Kedegilan PAS meluluskan enakmen hudud Terengganu mengakibatkan DAP meninggalkan Barisan Alternatif pada tahun 2001. BN kemudiannya mendapat kejayaan bersejarah pada tahun 2004 dengan memenangi 91% kerusi parlimen dan 89% kerusi DUN di Semenanjung Malaysia.

Pakatan Rakyat telah melalui pelbagai cabaran sejak 2008. Kita telah mentadbir dan terus mentadbir sebagai sebuah koalisi di peringkat negeri.

Ramai antara rakan seperjuangan dalam Pakatan terus ditindas dan didakwa oleh rejim BN.

Ramai daripada mereka mungkin kehilangan kerusi parlimen dan DUN sekiranya sistem kehakiman memberikan keadilan seperti yang telah ditunjukkan kepada Karpal Singh dan Anwar Ibrahim.

Fokus kita seharusnya diberikan kepada mereka yang terus menyalahgunakan kuasa, yang terus mendapat manfaat daripada rasuah, yang terus menerus merosakkan institusi negara; dan tidak dialihkan perhatian kita itu daripada tujuan yang lebih besar untuk merubah negara dan fokus untuk menawan Putrajaya pada PRU ke-14 demi memberikan masa depan yang lebih baik untuk semua rakyat Malaysia. – Roketkini.com