Berita

DAP umum calon Teluk Intan esok

TELUK INTAN, 16 MEI – Parti Tindakan Demokratik (DAP) akan mengumumkan calonnya bagi Pilihanraya Kecil (PRK) Teluk Intan esok selain melancarkan pusat operasi utama bagi melicinkan gerak kerja pilihanraya kali ini.

Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua memaklumkan kepada media bahawa pengumuman nama calon bagi PRK Teluk Intan akan dibuat oleh Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng pada jam 12.30 tengahari.

Penamaan calon untuk PRK ini akan diadakan pada 19 Mei dan hari mengundi ditetapkan pada 31 Mei.

PRK Teluk Intan diadakan setelah penyandangnya, Seah Leong Peng yang juga daripada DAP meninggal dunia akibat barah.

Mendiang Seah mengalahkan calon MCA Mah Siew Keong dan seorang calon bebas pada PRU ke-13 dengan majoriti sebanyak 7,313 undi.

DAP akan berentap di dua PRK pada bulan ini sahaja, dengan satu lagi sedang berlangsung di Bukit Gelugor. – Roketkini.com