Berita

Kemaskini: Hari Penamaan Calon Pilihanraya Kecil Teluk Intan

11.10 pagi – Orang beransur-ansur keluar dari pusat penamaan. 100 meter dari SMK Seri Perak, pimpinan PR terdiri dari Teresa Kok, Mahfuz Omar, dan beberapa orang lagi melawat sebuah keluarga India yang baru saja kehilangan salah seorang anggota keluarga.
10.50 pagi – Pemimpin Pakatan beransur mengiringi Dyana keluar dari Pusat Pencalonan, SMK Seri Perak.
10.40 pagi – Dyana: “Saya sangat menghormati pengalaman Mah Siew Keong. Untuk mengatasi beliau adalah cabaran yang amat besar. Bagaimanapun, saya cukup bersedia.”
IMG-20140519-WA0005 (1)
Puan Yammy (ibu Dyana): “Perasaan saya gembira kerana DAP dan PR memberi peluang kepada anak saya. “Saya juga memberi kebebasan kepada beliau untuk memilih parti mana yang beliau kehendaki, kerana saya tahu anak saya merupakan pejuang keadilan untuk semua.”

 10.23 pagi – Ibrahim Ahmad memaklumkan menerima kertas penamaan dua orang calon bagi P06 teluk Intan. “Mah Siew Keong, (pada jam) 9.05 minit pagi, (daripada) parti BN, dan Dyana Sofya, jam 9.05 (pagi).” Beliau berpuas hati dengan kertas pencalonan dan tiada sebarang penolakan. “Hari mengundi pada 31 Mei dan pusat pengundian akan dimaklumkan melalui borang 8 seperti ditetapkan.”

10 pagi – Ibrahim Ahmad mengumumkan masa penerimaan borang pencalonan sudah tamat.

9.40 pagi – Kit Siang, Azmin, Shamsul Iskandar, Kok Seong, Mahfuz Omar, Mat Sabu dan berbelas-belas lagi pemimpin PR ‘menyerbu’ khemah UMNO.

9.20 pagi – Kelihatan Menteri Dalam Negeri Zahid Hamidi dan Timbalan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin begitu serius mendengar penjelasan Menteri Besar Zambry Kadir di khemah UMNO. Petugas media lebih menumpukan perhatian pada khemah PR.

Ahli Parlimen Kluang Liew Chin Tong dan Naib Presiden PKR Tian Chua singgah ke khemah UMNO dan disapa mesra Menteri Dalam Negeri Zahid Hamidi.

9.00 pagi – Pengarah Pilihanraya SPR PRK Teluk Intan, Ibrahim Haji Ahmad mengumumkan proses penerimaan borang pencalonan bermula dari sekarang.

dyana pakatan

8.50 pagi – Kira-kira 1,000 penyokong bersama pimpinan PR diketuai Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang, Timbalan Presiden PKR Azmin Ali, dan Naib Presiden PAS Salahudin Ayub mengiringi calon, Dyana Sofya ke pusat penamaan. Kelihatan bendera besar ketiga-tiga parti dan beberapa sepanduk antara lain tertera “Tuntut Royalti, bantah GST, undi DAP”. Unit Amal dan Skuad Keadilan membantu melancarkan perjalanan. Hampir 300  FRU berkawal di pagar pusat penamaan.

dyana penamaan

7.55 pagi – Pimpinan dan penyokong PR berkumpul di depan Warung Simpang 3.

Antara banner yang dibawa penyokong “Teluk Intan bersatu hati. Calon muda pilihan sejati”.

Sekumpulan 20 orang anggota NGO Jingga 13 juga turut sama memberikan sokongan.

IMG-20140519-WA0005

IMG-20140519-WA0004

7.45 pagi – Orang ramai mula berarak ke pusat penamaan calon di SK Perak. Cuaca sedikit redup. Kesesakan lalu lintas mula berlaku di Jalan Changkat Jong menghala ke sana.

Ahli Parlimen Kluang Liew Chin Tong, Adun Senai Wong Shu Qi dan Adun Johor Jaya Liow Cai Tung tiba di lokasi penamaan.

IMG-20140519-WA0006