Berita

Kakitangan kerajaan negeri Pulau Pinang terima bonus raya

GEORGEOWN, 4 JUL: Kakitangan awam negeri Pulau Pinang menerima khabar baik bersempena kedatangan Syawal ini apabila Ketua Menteri, Lim Guan Eng mengumumkan pemberian bonus setengah bulan gaji atau minimum RM600.

Kata Guan Eng, keputusan pemberian bonus itu dibuat selepas mesyuarat Exco kerajaan negeri di Georgetown hari ini.

“Exco Negeri telah bersetuju dan bayaran bonus itu akan dibuat sebelum hari raya ini,” katanya dalam sidang akhbar di Georgetown hari ini. – Roketkini.com