Berita

Peluang latihan amali bersama Ahli Parlimen Kluang

KUALA LUMPUR, 9 JULAI: Ahli Parlimen DAP Kluang Liew Chin Tong mempelawa warga Malaysia yang berminat dengan isu politik dan selok belok pentadbiran Parlimen untuk menyertai Latihan Amali dibawah seliaan beliau.

Program Latihan Amali bertujuan mendedahkan bagaimana wakil rakyat mengimbangi tugas Parlimen, membuat dasar, berkhidmat di kawasan dan melibatkan diri dalam hal ehwal politik parti.

Pecahan program Latihan Amali terbahagi di dua tempat, iaitu di Pejabat Kuala Lumpur dan Pusat Komuniti Pakatan Rakyat (PR) Kluang.

Modul program bagi pejabat Kuala Lumpur merangkumi tugasan antranya mengkategorikan jawapan Parlimen, penyediaan kenyataan media, mendokumentasi , membuat kaji seliik dan kertas kerja dan perbincangan polisi.

Manakala modul program untuk Kluang pula melibatkan kerja-kerja pilihanraya, menyusun dan merakam penganjuran festival Kluang, kerja-kerja komuniti selain membantu urusan kawasan dan wakil rakyat di Johor.

Kriteria untuk Latihan Amali ini terbuka untuk semua warga Malaysia berusia antara 18 hingga 30 tahun, boleh menjalankan tugas sepenuh masa (sebulan ke enam bulan).

“Pemilihan berdasarkan kepada pengalaman dan pencapaian akademik. Namun sikap dan karektor pemohon antara kriteria yang paling diutamakan,” pemberitahuan tersebut dipetik.

Kepada sesiapa yang berminat boleh menghantarkan permohonan ke [email protected]

Calon-calon yang disenarai pendek, akan dihubungi dalam masa terdekat. – Roketkini.com