Berita

Isu Gaza: DAP kutuk tindakan Amerika pertahan Israel

KUALA LUMPUR, 23 JULAI: DAP mengecam keras tindakan Amerika Syarikat mempertahankan serangan tanpa henti Israel ke atas Palestin..

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng menyatakan, tindakan tersebut jelas membelakangi kemanusiaan dan tidak berhati perut kerana menghalalkan pembunuhan berterusan oleh Israel.

“Sempena perbahasan ini, kami juga mengecam sepenuhnya serangan Israel terhadap Gaza.

“Tindakan Amerika mempertahankan serangan itu juga tidak boleh diterima sama sekali.

“Kenyataan bahawa Israel berhak mempertahankan diri adalah tidak masuk akal,” katanya dalam perbahasan Mesyuarat Khas Parlimen, hari ini.

Jumlah kematian rakyat di Palestin di Gaza kini telah mencecah lebih 500 orang, sekaligus mendorong Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menggesa gencatan senjata serta merta. -Roketkini.com