Berita

Sertai Pesta Ilmu UTAM di Rumah Pena, Sabtu dan Ahad ini

KUALA LUMPUR, 15 OGOS: Masih belum terlambat bagi anak-anak muda di luar sana yang ingin menjadi perserta Pesta Ilmu Universiti Terbuka Anak Muda (UTAM) yang akan berlangsung di Rumah Pena, Jalan Dewan Bahasa esok

Bagi mereka yang berminat, boleh mengisi borang penyertaan atas talian di sini. (https://docs.google.com/forms/d/1-4TgO6UR0SACee5r3fXXMIszau39ivy2jmruSC60jqQ/viewform)

Bagi memudahkan peserta, perkhidmatan bas shuttle juga disediakan dari Stesen Monorel Hang Tuah ke sana. Makanan tengah hari turut disediakan sepanjang dua hari program berlangsung.

Acara yang disusun selama dua hari ini mengangkat dua tema utama; iaitu perjuangan wanita dan gerakan anak muda.

Hari pertama menumpukan kepada isu wanita di Malaysia dan menampilkan pembentangan tokoh wanita dari pelbagai bidang, serta forum yang dibarisi panel daripada wakil PAS, Umno, Isma dan SIS (Sister in Islam).

Majlis pelancaran buku bertajuk ‘Alif Lam Lam Ha’ yang menampilkan barisan penulis daripada kru UTAM sendiri akan diadakan pada sebelah malam

Manakala pada hari kedua, beberapa gerakan anak muda, antaranya Gerakan Mahasiswa Islam (Gamis), Teach for the Needs (TFTN) dan Buku Jalanan akan membentangkan kertas kerja, serta saling bertukar fikiran tentang isu-isu berkaitan anak muda di negara ini. – Roketkini.com