Berita

Khalid Ibrahim letak jawatan MB Selangor

SHAH ALAM, 26 OGOS – Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim petang tadi selesai mengadap Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor bagi memohon meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar.

Tuanku Sultan bagaimanapun menangguhkan penerimaan peletakan jawatan tersebut sehinggalah pelantikan Menteri Besar yang baru diputuskan.

Menurut kenyataan dikeluarkan Setiausaha Sulit Sultan, pimpinan setiap parti Pakatan Rakyat dititahkan supaya mencadangkan lebih daripada dua nama sebagai calon pengganti bagi membolehkan Sultan menentukan calon yang berkelayakan.

Undang-undang Tubuh Kerajaan Selangor memperuntukkan kuasa budi bicara mutlak dalam hal pelantikan Menteri Besar bagi Kerajaan Selangor kepada Sultan yang pada pendapat baginda mungkin mendapat kepercayaan majoriti Ahli Dewan Negeri.

Perkembangan ini juga menandakan tiadanya Pilihanraya Negeri di Selangor, yang sebelum ini disebut-sebut sebagai jalan terakhir bagi menyelesaikan kemelut itu. – Roketkini.com