Berita

Azmin umum portfolio Exco Selangor yang baru

SHAH ALAM, 1 OKTOBER: Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali hari ini mengumumkan senarai penuh portfolio bagi barisan pentadbiran baru negeri itu. Ia diumumkan dalam sidang media di Bangunan SUK di sini, selepas mesyuarat Exco tengah hari tadi.

Berikut adalah senarai penuh Exco dan portfolio masing-masing;

YAB Mohamed Azmin Ali – Kewangan, pembangunan tanah, pengurusan sumber alam, majlis tindakan ekonomi selangor dan penerangan

Datuk Teng Chang Khim – Pelaburan, perindustrian kecil dan sederhana, perdagangan dan pengangkutan

Iskandar Abdul Samad – Perumahan, Pengurusan bangunan dan kehidupan bandar

Elizabeth Wong Keat Ping – Pelancongan, alam sekitar, teknologi hijau dan hal ehwal pengguna

Ean Yong Hian Wah – Kerajaan tempatan, pemutihan kilang haram dan pembangunan kampung baru

Ahmad Yunus Hairi – Hal ehwal agama Islam, jawatankuasa adat melayu, pembangunan desa dan kampung tradisi

Dr Daroyah Alwi –  Kesihatan, kebajikan, hal ehwal wanita dan keluarga

V Ganabatirau – Kemiskinan, kerajaan prihatin dan pekerja ladang

Nik Nazmi Nik Ahmad – Pendidikan, pembangunan modal insan, sains dan teknologi dan inovasi

Amirudin Shari- Generasi muda, sukan, kebudayaan dan pembangunan usahawan

Zaidy Abdul Talib – Infrastruktur, kemudahan awam dan industri asas tani

Dalam pada itu Azmin menjelaskan, kerajaan negeri membuat penjenamaan baru bagi portfolio ini, selaras dengan cabaran dan tuntutan semasa.

“Ia termasuk menggabungkan beberapa portfolio untuk meningkatkan pencapaian dan menjamin produktiviti,” katanya.

Antara penjenamaan itu, katanya lagi, termasuk menambahkan aspek teknologi hijau dalam portfolio alam sekitar yang dipegang Elizabeth Wong dan aspek kehidupan bandar dalam portfolio perumahan dan pengurusan bangunan oleh Iskandar Samad.

“Cabaran semasa menunjukkan teknologi hijau dan kemiskinan dan kehidupan bandar perlu diberi perhatian oleh Selangor,” katanya lagi.

Semua barisan Exco hadir pada sidang media tadi, kecuali Ahmad Yunus Hairi yang kini sedang menunaikan ibadat haji. – Roketkini.com