Berita

Roketkini anjur forum ‘ISIS: Pengganas atau…?” di SIRD, Rabu 15 Okt

KUALA LUMPUR, 14 OKT: Roketkini menganjurkan forum bertajuk ‘ISIS: Pengganas atau…?” bagi membincangkan perihal dan identiti organisasi yang dikenali dengan nama rangkaian Negara Islam Iraq-Syria atau ISIS atau ISIL.

Forum tersebut bakal menampilkan tokoh politik muda tanahair dan ahli akademik antaranya Ahli Parlimen Bukit Bendera, Zailril Khir Johari, pensyarah Univerisit Islam Antarabangsa (UIA), Dr Maszlee Malik dan Exco Pemuda Pas Pusat, Ustaz Hafis Musa.

Forum ‘ISIS: Pengganas atau…?” dijadualkan akan bermula pada hari Rabu, 15 Oktober bermula jam 8 malam bertempat di Bangunan Strategic Information and Research Development (SIRD),di Nombor  2, Jalan Bukit 11/2, 46200, Petaling Jaya.

Sehingga kini, tidak ada siapa yang tahu pihak di sebalik kumpulan ISIS yang mencetuskan krisis perang selain sehingga menawan beberapa wilayah di Iraq.

Manakala perbincangan banyak pihak termasuk pengamat politik, media dan strategi menimbulkan persoalan kepada orang ramai di seluruh dunia tentang kewujudan ISIS hingga menimbulkan pergolakan di beberapa dan campur tangan Amerika Syarikat (AS), Iran serta negara Teluk.

Justeru, orang ramai yang berada di Lembah Klang yang meminati topik ini dialu-alukan hadir beramai-ramai dan tiada bayaran masuk yang dikenakan oleh penganjur.

Manakala kepada mereka yang tidak dapat hadir ke forum malam esok, masih boleh mengikuti siaran langsung perbincangan berkenaan melalui rangkaian Ubah TV. – Roketkini.com