Berita

Wasatiyah bukan lagi milik Najib, melainkan usaha rakyat Malaysia

KUALA LUMPUR 2 DIS: Rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa atau agama perlu menyedari sudah tiba masanya untuk menolak ekstremisme dan mengangkat kesederhanaan (wasatiyyah), kata Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang.

Katanya, adalah suatu hal yang sangat malang apabila Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, Timbalannya Tan Sri Muhyiddin dan para menteri membiarkan perwakilan UMNO membuat kenyataan melampau dalam perhimpunan agungnya minggu lalu.

“Malah, para perwakilan seolah-olah menikmati kekebalan undang-undang,” kata Kit Siang dalam kenyataannya.

Sedangkan katanya, Menteri Dalam Negeri Zahid Hamidi sebelum ini bersumpah bahawa polis akan memulakan siasatan serta-merta dalam temppoh 24 jam sekiranya wujud laporan terhadap mana-mana individu yang memabngkitkan isu sensitif.

“Mengapa berdiam diri dan tidak bertindak keatas laporan polis yang dibuat terhadap Mohd Zaidi dan Mashitah kerana hasutan ucapan kebencian yang sudah melebihi tempoh 24 jam.

“Saya ingin tahu sama ada pihak polis \menunggu ‘lampu hijau’ dari Zahid sebelum mereka berani menyiasat laporan yang dilakukan?, soal Kit Siang.

Justeru itu, Kit Siang mempersoalkan sama ada Najib, Zahid dan Menteri UMNO ‘bekerjasama’ dalam siasatan polis kerana mereka adalah saksi kepada ucapan perkauman dan melampau tersebut.

Ucapan yang menghasut dan berbaur perkauman oleh perwakilan Pulau Pinang Datuk Mohd Zaidi Mohd Said dan perwakilan Kedah, Datuk Dr Mashitah Ibrahim itu masih boleh ditonton di laman Yotube.

Tegasnya, mangsa terbesar Perhimpunan Agung UMNO minggu lalu bukan sahaja kredibiliti Najib kerana mengkhianati ikrarnya untuk memansuhkan Akta Hasutan, asas penting dalam Program Transformasi Politik, malah ideanya sendiri iaitu Pergerakan Kesederhanaan Global.

“Majoriti rakyat Malaysia tidak boleh menjadi majoriti senyap dan membiarkan sekumpulan kecil pelampau suara kebencian dan sikap tidak toleransi menguasai negara dan ruang pendapat,” kata Kit Siang.

Ini kerana sebahagian besar rakyat Malaysia dari semua bangsa mash percaya kepada kesederhanaan sebagai jalan perpaduan, keharmonian, toleransi, keadilan dan kesaksamaam untuk semua.

“Jika kesederhanaan, atau wasatiyyah itu adalah tanda kemajmukan negara ini di peringkat antarabangsa, tidak ada cara lain kerana usaha itu akhirnya bergantung kepada rakyat Malaysia sendiri,” ujar Kit Siang. – Roketkini.com.