Berita

DAPSY selar tindakan UM, desak tarik hukuman

KUALA LUMPUR, 10 DIS: Pemuda DAP (DAPSY) menyelar tindakan Universiti Malaya (UM) menggantung dua pelajarnya, Fahmi Zainol dan Safwan Shamsuddin.

Ketua DAPSY Teo Kok Seong berkata, penggantungan itu adalah tindakan politik sempit dipengaruhi pemerintah UMNO-BN.

“DAPSY mengutuk sekeras-kerasnya tindakan itu, dan mendesak hukuman tersebut ditarik balik,” kata Teo dalam satu kenyataan.

Sedangkan kata Teo, perhimpunan itu berlangsung secara aman tanpa sebarang kekecohan.

Ujanya, tindakan UM adalah sekatan terhadap kebebasan bersuara dan berfikir, sekaligus memperlihatkan institusi pengajian tinggi tertua di Malaysia itu memandang rendah mahasiswanya sendiri.

“Sepatutnya universiti memastikan setiap mahasiswa dapat meneruskan pengajian mereka tanpa sebarang halangan,’ ujar Ahli Parlimen Rasah itu.s

UM menggantung pengajian Fahmi selama dua semester dan mendendanya RM600 selepas disabit bersalah menganjurkan ceramah yang dihadiri Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim di kampus tanpa kebenaran.

Dalam pada itu kata Teo, DAPSY bersedia menawarkan bantuan kepada semua yang menjadi mangsa hukuman berbaur politik oleh UM.

Empat lagi rakan mereka dikenakan denda RM 150, seorang dilepaskan dengan amaran serta seorang lagi didapati tidak bersalah. – Roketkini.com