Berita

Tak bayar gaji, Bernama langgar Akta Pekerja

KULAI, 10 DIS: Kegagalan Bernama TV (BTV) membayar gaji pekerjanya yang tertunggak telah menyalahi Seksyen 19(1) Akta Pekerja 1955.

“Syarikat itu jelas menyalahi Akta Pekerja 1955 yang menyatakan semua pekerja harus dibayar gaji mereka tidak lebih dari tujuh hari terakhir dari tarikh terakhir yang sepatutnya,” kata kata Ahli Parlimen Kulai Teo Nie Ching.

BTV semalam mengakui bahawa ia tidak lagi mampu membayar gaji pekerjanya, dan hanya memberi wang pendahuluan RM500 bagi gaji tertunggak masing-masing.

Bayaran gaji terakhir dibuat kepada pekerjanya oleh  BTV hanyalah pada 20 Oktober lalu.

Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) dalam satu kenyataan berkata, bayaran RM500 itu tidak membebaskan BTV dari kesalahan tersebut.

Kata Nie Ching tindakan BTV seolah-olah mengambil kesempatan keatas pekerjanya, sedangkan syarikat itu adalah sebuah agensi berita nasional.

“Adalah sangat memalukan bagi sebuah badan berkanun terlibat dalam mengeksploitasi pekerjanya sendiri,” ujarnya.

Nie Ching yang juga Penolong Setiausaha Publisiti Nasional DAP menggesa Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Shabery Cheek mendedahkan rancangan menjadikan BTV sebagai syarikat yang membuat keuntungan.

Ini kerana timbul persoalan sama ada badan induk Bernama perlu membayar gaji pekerjanya jika BTV menghadapi masalah kewangan.

“Jika kejadian seperti itu terjadi, bagaimana dengan sumbangan pemegang saham? soal Nie Ching. – Roketkini.com