Berita

DAP seru rakan Pakatan tumpu agenda bersama

SUBANG, 14 DIS: DAP hari ini menyeru rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat (PR) untuk menumpukan kepada agenda bersama dan bukannya agenda persendirian.

Pemangku Pengerusi DAP Kebangsaan, Tan Kok Wai menegaskan DAP dan Pakatan tidak boleh terperangkap dengan taktik licik UMNO, kerana agenda bersama perlu lebih diutamakan.

“Agenda bersama Pakatan Rakyat harus dititikberatkan dan bukannya matlamat persendirian.

Rakyat telah memberikan harapan tinggi kepada kita, apakah kita mahu menghampakan dan merobohkan keyakinan mereka berikan? kata Kok Wai yang juga Ahli Parlimen Cheras.

“Kita tidak boleh terjerat dengan percaturan politik UMNO,” tegasnya.

Justeru itu katanya, tema Persidangan Kebangsaan DAP 2014 tahun ini adalah bersesuaian dengan semangat bersama demi membela rakyat Malaysia yang meletakkan harapan Pakatan Rakyat.

“Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing,” kata Kok Wai disambut tepukan gemuruh hadirin. – Roketkini.com