Berita

Pindaan kuota 30 peratus wanita dalam CEC lulus sebulat suara

SUBANG, 14 DIS: Pindaan perlembagaan parti bagi menetapkan kuota 30 peratus wanita di dalam Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) diluluskan secara sebulat suara.

Pengerusi Persidangan DAP 2014, Hannah Yeoh mengumumkan pindaan perlembagaan itu diluluskan kira-kira jam 5.53 petang ini.

Pengundian dijalankan secara mengangkat kad undi berwarna merah menyatakan persetujuan terhadap resolusi pindaan perlembagaan tersebut.

Usul yang dibentangkan pada persidangan kali ini menyaksikan penglibtan perbahasan dari majoriti perwakilan dari seluruh negara.

Antara pembahas dalam persidangan kali ini Ahli Parlimen Kulai, Teo Nie Ching menyatakan bahawa jumlah kuota itu adalah tanda komitednya DAP memperjuang hak wanita,

Ini kerana golongan wanita adalah kumpulan pengundi paling ramai di Malaysia dengan memberikan contoh nisbah mahasiswa di Malaysia sekarang ini, iaitu enam wanita dari sepuluh mahasiswa

Katanya, penglibatan wanita akan membawa parti DAP melangkah ke depan, menjadi satu-satunya parti yang progresfi mengangkat kaum Hawa dalam proses buat keputusan . – Roketkini.com