Berita

Tubuh RCI siasat pengurusan dan persediaan bencana – Kit Siang

KUALA LUMPUT, 29 DIS: DAP menggesa sebuah Suruhanjaya Diraja (RCI) ditubuhkan untuk menyiasat kesiapsiagaan pengurusan bencana negara, kata Ketua Parlimen Lim Kit Siang.

Ujarnya, penubuhan RCi perlu memandangkan kerajaan jelas bingung berdepan skala bencana banjir ini, dengan bilangan mangsa yang meningkat kini 1,000 peratus, hampir suku juta orang dalam masa kurang sepuluh hari.

Menurut Kit Siang, ‘kebingungan’ kerajaan terbukti melalui kenyataan antaranya oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa bencana banjir lebih teruk dari yang disangka.

Pengakuan Muhyiddin bahawa prosedur operasi penyelesaian banjir mesti disemak semula dan Malaysia perlu daripada negara lain terutamanya Jepun dan Korea Selatan yang terkenal dengan sistem pengurusan bencana terbaik di dunia

“Ini satu penemuan yang sangat lewat dan mahal oleh sebuag gabungan politik yang berkuasa selama 57 tahun,” kata Kit Siang.

Beliau sebelum ini berkata, fokusnya adalah kepada tiga objektif, iaitu memujuk Datuk Seri Najib Razak memendekkan cutinya. menggesa mesyuarat tergempar kabinet dalam tempoh 24 jam dan meminta Perdana Menteri mengisytihar darurat untuk mengurus bencana banjir.

“Objektif pertama telah pun tercapai. Ada pula persoalan sama ada perlu atau tidak untuk Perdana Menteri memendekkan percutiannya ke Hawaii bagi mengetuai sendiri operasi bantuan bencana.

“Jawapannya pastilah ya,” ujar Kit Siang.

Tambah Ahli Parlimen Gelang patah itu, pengumuman Najib memperuntukkan RM500 juta bantuan banjir mengabsahkan seruan DAP supaya Najib memendekkan percutiannya ke Hawaii dan mengetuai operasi bantuan.

Kata Kit Siang, persoalannya kini ialah sama ada RM500 juta itu tambahan kepada peruntukan RM50 juta yang telah diumumkan oleh Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni

“Bolehkah Husni memperjelaskan hal ini, atau mungkin kita perlu bertanya kepada Najib? soal Kit Siang.
Dalam pada itu, keupayaan Najib untuk memanggil mesyuarat khas Kabinet mengenai bencana banjir sebelum 31 Disember ini dipersoalkan.

“Atau adakah beliau akan menunggu sehingga 7 Januari, kerana beliau tidak dapat mengumpulkan semua menteri Kabinet sebelum tarikh tersebut? soal Kit Siang. – Roketkini.com