Berita

Penstrukturan Belanjawan 2015 kecewakan golongan pendapatan rendah

KLANG, 21 JAN: Penstrukturan semula Belanjawan 2015 mengecewakan golongan berpendapatan rendah , kata Ahli Parlimen Klang Charles Santiago.

Menurut Charles, realiti semasa menunjukkan bahawa harga barangan dan perkhidmatan meningkat, memberi kesan langsung kepada golongan berpendapatan rendah.

“Sepatutnya Najib fokus pada isu kos sara hidup yang mencanak naik,” kata Charles dalam satu kenyataan.

Charles turut menggesa kerajaan meningkatkan paras gaji minima dari RM900 ketika ini kepada RM1,200

“Tambang pengangkutan awam pun akan meningkat. Orang ramai akan menghadapi pelbagai kenaikan, lebih-lebih lagi apabila cukai barangan dan perkhidmatan (GST) dikuatkuasakan,” ujarnya.

Dalam pada itu beliau turut menggesa kerajaan mengkaji sokongan ke atas industri kecil dan sederhana (IKS).

Menurut Charles eksport barangan Malaysia ke China akan berkurangan, namun peningkatan eksport ke Amerika Syarikat (AS) tidak melibatkan bahagian dari IKS.

“Ada badan pemikir menyatakan bahawa pemulihan ekonomi AS mungkin tidak begitu kukuh, dan akan memberi kepasa kepada eksport barangan elektrik ke Amerika.

“Mungkin ada keperluan untuk menyokong IKS. Kerana mukan mudah kita hendak memasuki pasaran dengan tergesa-gesa,” tegas Charles.

“Secara umumnya, Belanjawan 2015 yang baru ini sangat mengecewakan rakyat Malaysia,”komennya lagi. – Roketkini.com