Rencana

DAPSY: Kenyataan Ismail Sabri cubaan alih kemarahan rakyat isu GST

Saya mengutuk sekeras-kerasnya dengan kenyataan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani yang cuba menghubungkait dengan kenaikan harga barang disebabkan oleh peniaga Cina serta menasihat orang Melayu untuk boikot peniaga Cina.

Kenyataan beliau amat tidak bertanggungjawab serta berunsur perkauman dan hasutan yang menyakitkan hati seluruh rakyat Malaysia.

Saya berpendapatan bahawa kenyataan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob cuma ingin mengalihkan tumpuan rakyat jelata terhadap kenaikan harga barangan yang bakal berlaku ketika perlaksaan sistem percukaian GST pada 1 April 2015.

Selain daripada itu, kenaikan harga barangan yang telah berlaku adalah disebabkan oleh keputusan Kerajaan Pusat dimana beliau merupakan salah seorang anggota di Kabinet untuk memotong subsidi terhadap harga minyak dengan alasan meringgankan beban kerajaan pusat.

Harga petrol telah dibenarkan oleh pihak Kerajaan Pusat dinaikkan sebanyak 2 kali selepas PRU ke-13 iaitu 20sen pada September 2013 dan 20sen pada Oktober 2014.

Siri kenaikan yang sebeginilah merupakan punca utama kenaikan harga barangan kerana kos pengangkutan dan sebagainya telah meningkat.

Saya berasa amat pelik mengapa Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tidak berani mendesak Tenaga National Berhad dan Kerajaan Pusat harus mengumumkan penurunan tarif elektrik serta-merta untuk meringankan beban rakyat tetapi cuba menunding jari kepada peniaga Cina. Ini cuma menunjukkam beliau tunduk kepada syarikat besar.

Saya bersetuju dengan tindakan penguatkuasaan terhadap peniaga yang tidak bertanggungjwab dan saya cukup yakin rakyat jelata atau pengguna mempunyai kematangan kerana mereka cuma akan membeli barangan daripada peniaga yang menawarkan perkhidmatan dan barangan yang berkualiti dan haranya berpatutan.

Ahhirnya, sebagai seorang menteri yang bertanggungjawab, beliau sepatutnya mengingatkan Kerajaan Pusat agar jangan lupa menunaikan janji Barisan National ketika ketika PRU Ke-13 iaitu menangani kos sara hidup rakyat.

Tetapi bukannya mengalih tumpuan rakyat jelata terhadap masalah kos sara hidup. Jangan pandang rendah terhadap kematangan dan kemampuan rakyat, mereka tahu siapakah yang sebenarnya menyebabkan kos sara hidup meningkat. – Roketkini.com