Berita

Teresa Kok dihalang masuk Sabah pula

SANDAKAN, 4 FEB – Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok dihalang daripada memasuki Sabah sejurus tiba di lapangan terbang Sandakan pada jam 3 petang tadi.

Beliau kemudiannya dihantar pulang ke Kuala Lumpur dengan pesawat yang sama setengah jam kemudian, pada jam 3.30 petang.

Ketika dihubungai Roketkini, pegawai imigresen Lapangan Terbang Sabah memberitahu bahawa Naib Pengerusi Kebangsaan DAP itu tidak dibenarkan masuk atas arahan Kerajaan Negeri Sabah.

Berita lanjut menyusul. – Roketkini.com