Berita

Berapa bekas bos APCO Malaysia dibayar untuk nasihat JPM?

GELANG PATAH, 18 FEB: Ketua Ahli Parlimen DAP Lim Kit Siang menggesa Perdana Menteri Najib Razak menjawab di Parlimen mengenai status sebenar, skop kerja dan bayaran kepada bekas bos APCO Malaysia Paul Stradlen.

Kit Siang merujuk pendedahan Sarawak Report bahawa bos APCO itu dibayar sekurang-kurangnya RM 3 juta bagi setiap dasar komunikasi.

Manakala yang terbaru adalah berhubung kenyataan kontroversi mengenai hukuman penjara oleh Mahkamah Persekutuan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Najib diinta memberi penjelasan mengenai laporan Sarawak Report itu.

“Adakah Paul Stadlen bertanggungjawab terhadap kenyataan 10 Februari lepas memuji keputusan Mahkamah tidak menerima rayuan Anwar Ibrahim, hanya beberapa minit selepas hukuman dijatuhkan?

“Ini menimbulkan banyak persoalan,” ujar Kit Siang.

Menurut Sarawak Report, gaya hidup mewah Paul Stadlen yang gemar berparti menimbulkan persoalan, sama ada dia dibiaya duit pembayar cukai melalui jawatannya sebagai pegawai di Pejabat Perdana Menteri.

“Adakah tidak ada pakar perhubungan awam dan komunikasi yang boleh menjadi orang di belakang Najib sehingga harus mengambil firma Paul Stadlen sehingga dibayar RM 3 juta?

“Firma itu juga diberi tanggungjawab dalam projek berhubung 1Malaysia Development Berhad(1MDB),”ujar Kit Siang.

“Adakah kita sudah sampai ke peringkat di mana PM sudah tidak percaya lagi kepada pakar-pakar tempatan sehingga terpaksa mengambil ‘Guru PR’(perhubungan awam) dari luar?”Soal Kit Siang lagi.

Dalam masa sama Kit Siang turut mempersoalkan sikap berdiam diri Pejabat Perdana Menteri yang tidak menjawab mengenai peranan, skop tugas dan bayaran kepada Paul Stadlen.

“Kenapa teragak-agak pula (menjelaskan isu ini)? soal Kit Siang.

Pada 10 Februari lalu, Pejabat Perdana Menteri mengeluarkan kenyataan dipercayai disiapkan pegawai perhubungan Paul Stadlen, yang dilihat pencerobohan kuasa eksekutif ke atas mahkamah.

Kenyataan tersebut dikeluarkan sebelum selesainya semua “proses menyeluruh dan komprehensif’.

Kenyataan itu diumumkan selang beberapa minit sahaja selepas hukuman keatas Wnar dijatuhkan.

“Ini adalah enjata eksekutif (diwakili Najib dan Paul) untuk melanggar doktrin pemisahan kuasa dan cuba untuk masuk campur dalam urusan mahkamah.

“Kumpulan komunikasi Najib nampaknya jadi tersangat laju demi mempertahankan keputusan Mahkamah Persekutuan, walaupun sebelum proses mahkamah belum lagi selesai,” kata Kit Siang. – Roketkini.com