Berita

Hudud: Najib diberi tempoh 48 jam nyatakan pendirian

KUALA LUMPUR, 25 MAC: Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang memberi tempoh 48 jam kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk menjelaskan pendirian Ahli Parlimen UMNO-BN berhubung rang undang-undang (RUU) persendirian pelaksanaan hudud di Kelantan.

“Najib diberi tempoh 48 jam sehingga mesyuarat Kabinet Jumaat ini untuk menyatakan pendirian mereka mengenai pembentangan RUU persendirian Hadi Awang bagi membolehkan hudud dilaksana di Kelantan.

“Jika beliau terus mengalami penyakit ‘kesukaran dalam fasa permulaan sesuatu projek (labour pains)’ selepas tujuh hari dan tidak dapat mengisytiharkan pendirian jelas bahawa UMNO-BN menentang rang RUU persendirian Hadi, maka senario politik baru mengambil tempat.

“Senario politik baru di mana kedua-dua belah pihak (BN dan PR) dirosakkan oleh konspirator UG (kerajaan perpaduan) UMNO yang membuat persepakatan menggunakan pelaksanaan hudud untuk menjejaskan kestabilan, memisahkan dan memusnahkan PR,” kata Kit Siang dalam satu kenyataan.

Tambahnya persoalan utama sekarang ini apakah Ahli Parlimen kedua-dua belah pihak lebih memilih mengambil pendirian untuk ‘Selamatkan Malaysia’ demi mempertahankan Perlembagaan dalam satu gabungan baru melangkaui BN dan PR.

Semalam, Presiden MCA Datuk Liow Tiong Lai menggesa Najib membuat pendirian segera berhubung RUJ mengenai pelaksanaan hudud.

Pada 19 Mac, Liow turut mendakwa bahawa Najib akan mengumumkannya Jumaat lalu, namun sehingga hari ini Presiden UMNO itu masih tetap mendiamkan diri.

“Enam hari telah berlalu begitu saja dan terus mengalami ‘labour pains’ tanpa apa-apa tanda bahawa Najib akan membuka mulut mengenai isu ini,” tegas Kit Siang.

Minggu lalu, 13 parti komponen BN mencapai kata sepakat menentang rRUU persendirian tersebut kerana tidak sesuai dalam masyarakat berbilang kaum dan agama di Malaysia selain memberi kesan buruk kepada ekonomi negara, pelaburan asing dan pembangunan. – Roketkini.com