Berita

Malam budaya suku Mah Meri anjuran PUSAKA di Publika, Dutamas 12 April ini

KUALA LUMPUR, 5 APRIL: NGO kebudayaan PUSAKA mengumumkan sebuah anjuran malam persembahan bagi perkenalkan sebuah pertunjukan kebudayaan asli Malaysia berasal dari suku Mah Meri.

Malam persembahan yang lebih dikenali sebagai ‘PUSAKA evenings @ Publika’ itu akan menampilkan lagu-lagu ritual dan tarian asli dari tradisi suku Mah Meri yang kebanyakannya tinggal di bahagian barat semenanjung Malaysia.

Persembahan malam itu akan dimulakan dengan program wacana yang turut dihadiri oleh penyelidik, aktivis dan pengukir kayu Rashid Esa bersama pengasas PUSAKA Eddin Khoo bagi membahaskan cara hidup dan kepercayaan salah satu suku orang asli Malaysia itu.

Acara yang akan diadakan pada hari Ahad 12 April itu nanti dijadualkan bermula pada jam 4 petang dan berakhir 9.30 malam.

Acara tersebut bertempat di Black Box, Publika Solaris Dutamas, dan dijangka memberi pengenalan bermanfaat dan langsung dari wakil masyarakat suku Mah Meri sendiri.

Penganjur menjemput orang ramai dan bagi mendapatkan maklumat terperinci boleh berhubung melalui emel atau ke laman web PUSAKA seperti tertera:

(Laman web PUSAKA)
www.senipusaka.com

(Alamat facebook)
https://www.facebook.com/pages/Pusaka

(Emel PUSAKA)

[email protected]

Roketkini.com