Berita

DAP cadang nama MP didedah setiap kali lepas undi belah bahagi

KUALA LUMPUR, 19 APR: DAP mencadangkan supaya semua senarai nama wakil rakyat yang melakukan undi belah bahagi didedahkan kepada orang ramai.

Ahli Parlimen Segambut Lim Lip Eng berkata demikian merujuk sesi undi belah bahagi terhadap pindaan Akta Hasutan di Parlimen baru-baru ini

“Pada sidang Parlimen akan datang, saya akan mencadangkan di Dewan Rakyat supaya senarai nama dan cara mengundi para Ahli Parlimen dipaparkana di laman web rasmi Parlimen sebaik saja pengundian dijalankan.

“Ketelusan sedemikian adalah penting bagi memastikan akauntabil”Pada sidang Parlimen akan datang, saya akan mencadangkan di Dewan Rakyat supaya senarai nama dan cara mengundi para Ahli Parlimen dipaparkana di laman web rasmi Parlimen sebaik saja pengundian dijalankan.iti dan kebertanggungjawaban ahli pParlimen kepada pengundi dan rakyat dapat dipastikan secara telus, selaras dengan amalan demokrasi di seluruh dunia.

“Rakyat berhak mengetahui apa dan bagaimana wakil rakyat mereka mengundi dalam satu-satu usul atau rang undang-undang bagi memastikan suara mereka benar-benar dibawa di Parlimen, dan bukan sekadar dijadikan gelaran saja,” katanya dalam satu kenyataan.

Setiausaha DAP Kuala Lumpur itu menyatakan, beliau amat terkejut apabila membaca laporan Malaysiakini baru-baru ini bertajuk ‘Siapa MP sokong, tolak pindaan Akta Hasutan.

Laporan tersebut menyatakan bahawa ‘tidak amalan demokrasi moden di negara lain, Parlimen Malaysia tidak merekodkan butiran undi, nama ahli parlimen yang mengundi, dan pendirian dalam sesuatu usul hanya diketahui lama kemudian, jika ada permintaan.

“Sebenarnya nama ahli-ahli Parlimen direkodkan, sama ada hadir atau tidak, ketika undi belah bahagi di Parlimen.

“Justeru saya agak terkejut membaca bahawa sukar bagi orang ramai termasuk media mengetahui apa yang disokong atau tidak oleh wakil rakyat mereka di Parlimen, yang merupakan badan pembuat dasar dan undang-undang tertinggi dalam negara,” ujarnya. – Roketkini.com