Berita

DAP lancar kempen derma RM1, ‘keadilan untuk Teresa Kok’

KUALA LUMPUR, 14 MEI: DAP ini melancarkan kempen ‘Keadilan untuk Teresa Kok’ untuk mendapatkan sokongan daripada rakyat Malaysia berikutan keputusan tidak wajar Mahkamah Tinggi ke atas Ahli Parlimen Seputeh itu.

Kempen derma RM1 setiap orang itu bertujuan menampung kos mahkamah dan perkara-perkara berkaitan.

Pada 22 April lalu, Mahkamah Tinggi telah menggugurkan saman difailkan Teresa berhubung penahanannya di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada 2008 dan mengarahkannya membayar sebanyak RM50,000.

Naib Pengerusi DAP itu telah ditahan selama tujuh hari di bawah ISA pada 2008 atas tuduhan palsu daripada pihak tertentu yang mendakwa Teresa mengarahkan pihak masjid di Kota Damansara, Sri Serdang dan Puchong Jaya ‘memperlahankan pembesar suara azan’.

Teresa menafikan tuduhan tidak berasas tersebut, malah Ahli Jawatankuasa (AJK) Masjid Kota Damansara telah menjelaskan bahawa pihaknya tidak mengalunkan azan berikutan pembesar suara yang rosak dan isu tersebut langsung tidak ada kena mengena sama sekali.

Pada 2009, Teresa memfailkan saman terhadap bekas Menteri Dalam Negeri Tan Sri Syed Hamid Albar, bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan, seorang pegawai polis dan Kerajaan Persekutuan.

Teresa dalam tuntutannya menegaskan penahanan beliau di hadapan rumahnya di OG Height pada jam 11.15 malam 12 September 2008 dilakukan tanpa asas.

Menurutnya, disebabkan kecuaian dan tindakan kesemua defendan, beliau berdepan tekanan mental, keperitan dan kesengsaraan akibat keracunan makanan dan juga penafian haknya mengikut Perlembagaan.

Kepada semua rakyat Malaysia yang prihatin dan cintakan keadilan, digalakkan untuk menderma RM1 kepada ‘Pusat Khidmat Seputeh’ di akaun AmBank bernombor 2472-0120-0499-8.

Untuk mendapatkan sebarang maklumat lanjut, sila hubungi penganjur kempen di talian 03-79836768 atau emel ke [email protected] – Roketkini.com