Berita

Selamat kembali, Kak Wan!

KUALA LUMPUR, 18 MEI: Selepas tujuh tahun Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail kembali ke Dewan Rakyat selepas mengangkat sumpah di depan Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia pagi ini.

Selepas majlis itu, Pandikar – yang disebut-sebut meletakkan jawatannya oleh Tun Dr Mahathir Mohamad pada Sabtu lalu – mengumumkan Dr Wan Azizah juga dilantik sebagai ketua pembangkang.

kwan2 Dr Wan Azizah mengisi jawatan itu menggantikan suaminya, Datuk Seri Anwar  Ibrahim yang kini ditahan di Penjara Sungai Buloh.

PKR mengekalkan penguasaannya di kerusi Permatang Pauh apabila Dr Wan Azizah  memenangi pilihan raya kecil di situ pada 7 Mei lalu.

Beliau mengalahkan calon BN Suhaimi Sabudin dengan undi majoriti sebanyak 8,841. Calon BN hanya  mendapat 21,475 undi.

Wan Azizah turut merakamkan sejarah sebagai ketua pembangkang wanita pertama negara apabila  memegang jawatan tersebut selepas pilihan raya umum ke-12, dari Mac 2008 sehingga Ogos tahun yang  sama. – Roketkini.com