Berita

Jin, pengurus dana berpakat larikan wang negara?

KUALA LUMPUR, 21 MEI: Ada kemungkinan skandal kewangan melibatkan dana awam negara yang sedang berlaku ini didorong oleh pengaruh jin.

no

(Kolum ‘Kata Pedang’ di portal ismaweb)

Sekurang-kurangnya itu yang diyakini pengarang laman web ISMA, penulis  yang menggunakan nama pena Kata Pedang.

Selepas menjelaskan serba sedikit mengenai jin, penulis itu berkata,  makhluk yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar itu sebenarnya  mempunyai kemahiran dalam hal ekonomi dan politik.

“Keputusan-keputusan yang dibuat secara sulit oleh pihak tertentu dalam menggunakan dana awam dan wang rakyat mungkin juga akibat pengaruh jin, terutama jin kafir yang sememangnya tidak senang dengan perkembangan dan pengaruh Islam di Malaysia,” tulisan itu dipetik.

Rencana berkenaan berjudul “Mungkin jin larikan wang negara.”

Walaupun tidak merujuk kepada kes khusus, ia dipercayai merujuk kepada isu semasa yang sedang hangat diperkatakan kini iaitu syarikat 1MDB.

tabung-haji-1MDB

(Tabung Haji kini terpalit skandal rompakan 1MDB)

Kata Pedang berpendapat, manusia perlu mengakui hakikat manusia berkongsi hidup di atas muka bumi dengan golongan jin.

Katannya, sesetengah pihak mengakui ada antara jin itu beragama Islam – serta berfahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah – manakala sebahagian lagi menjadi pengikut fahaman muktazilah.

“Ada yang mukmin pengikut ahlul bidaah lainnya,” kata penulis itu.

Seperti disebut dalam al-Quran, tambah Kata Pedang, jin terdiri daripada lelaki dan perempuan, berkahwin serta beranak-pinak.

Katanya, jin juga mempunyai tempat tinggal sendiri dan dalam keadaan tertentu makhluk itu “menumpang di rumah” manusia.

syaitan

(Kini, pengarang ismaweb kaitkan jin dana awam lesap)

Mereka juga, katanya, akan “berbisik-bisik” kepada manusia supaya melakukan  kejahatan.

“Kadangkala ‘jin’ dan manusia mengadakan pakatan jahat untuk menipu manusia  supaya terjebak  ke  dalam dosa,” katanya.

Memetik “hadis daripada Abu Hurairah” Kata Pedang mencadangkan, tidak mustahil  “kemaslahatan  yang berlaku dalam negara ketika ini terutama membabitkan isu politik  dan  perbelanjaan, mungkin  ada kaitan dengan jin”.
Di akhir tulisan itu laman web berkenaan sempat membuat penafian.

Ketika mengakui tulisan kolum itu adalah lidah pengarang laman web ISMA, ia enggan  mengakui  pendapat diberi mewakili pendirian rasmi pertubuhan berkenaan.-  Roketkini.com

Bacaan susulan sila baca di sini.