Berita

Puad kata Muhyiddin pemalas

KUALA LUMPUR, 21 MEI:  Perang antara kumpulan dalam UMNO semakin panas apabila tokoh kanan dalam parti itu menyerang satu sama lain secara terbuka.

Dalam posting pagi tadi bekas Ahli Parlimen Batu Pahat Dr Puad Zarkashi mengecam Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai “pemalas.”

Memuat naik dua keping gambar keadaan sekolah daif, Puad yang pernah berkhidmat sebagai Timbalan Menteri Pelajaran menulis: “MASIH BELUM TERBELA. Ada orang posting pada saya gambar sebuah sekolah di Keningau yang terlalu daif. Puncanya pegawai yang bertanggungjawab tidak turun ke bawah.

“Kenapa mereka tidak turun ke bawah? Kerana Menteri dan Timbalan Menteri juga malas turun ke bawah. Justeru, mereka tidak akan tahu apa yang berlaku di bawah.

“Bunyi cantik di atas. Kerajaan belanja berbillion untuk 1 Bestarinet, tetapi apakah disiasat keberkesanannya. Itu belum lagi dipaparkan asrama dan rumah guru yang daif di kawasan pedalaman.Yassin, Malaysia's International Trade and Industry Minister, speaks at Forbes Global CEO Conference in Singapore

“Sepatutnya bila TPM jadi Menteri Pelajaran hampir dua penggal, maka cepatlah terbela sekolah sekolah daif terutamanya di pedalaman Sabah dan Sarawak. Turunlah ke bawah! Jangan banggakan PPPM kalau level playing field masih tidak sama.”

Muhyiddn yang juga Timbalan Perdana Menteri hari ini dilaporkan mengecam bosnya, Datuk Seri Najib Razak dalam isu skandal kewangan 1MDB.

Kecaman itu dibuat dalam satu majlis pengucapan umum dan turut dihadiri Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Zahid Hamidi dan ketua penerangan parti itu, Datuk Ahmad Maslan. -Roketkini.com