Saya fikir jika dibandingkan antara Najib dan Pak Lah, ternyata anak bekas perdana menteri itu memang sentiasa lucu dan ‘menghiburkan’ (walaupun dalam ketawa, kita tetap berasa sakit hati).
Kalau Pak Lah dilihat lucu kerana selalu tertidur, Najib pula jadi bahan lelucon kerana sikap cemerkapnya yang bertindan-tindan.
Najib mungkin cuba bersikap bersahaja dan mengambil hati rakyat tetapi kecuaian demi kecuaian, kesilapan demi kesilapan yang dilakukan menjadikan dia bahan ketawa yang tidak pudar.
Masihkah anda ingat bagaimana Najib disorak gara-gara enggan dilayan penyanyi Korea Psy di Pulau Pinang suatu ketika dulu.
Malam Sabtu lalu, Najib cuba dilihat sedar apa yang berlaku di sekitarnya dan menjadi cool dengan menulis di Twitter tentang perlawanan akhir ‘Piala Malaysia’.
Twit itu juga cuba memberitahu rakyat jelata bahawa dia seorang yang cakna dunia bola sepak tempatan.
Namun malangnya, Najib tidak sedar perlawanan akhir antara Kelantan dan Lions XII dari Singapura itu adalah untuk merebut Piala FA, bukannya Piala Malaysia.
Ini snapshot twitter yang sempat dirakam warga twitter.
Menyedari statusnya silap. Lantas Najib menukar statusnya.
Perlawanan akhir #PialaFA2015 mlm ini pasti sangat sengit dan hebat. All the best and may the best team win.
— Mohd Najib Tun Razak (@NajibRazak) May 23, 2015
Wahai PMku Najib, Kelantan lawan Kelab Lions Sabtu lalu adalah perlawanan akhir Piala FA-lah, bukannya Piala Malaysia. Aduhai! (Meminjam frasa Muhyiddin).
Apapun, kita ucap tahniah kepada Kelab Singapura yang menang tempoh hari. Kepada pasukan Kelantan, jangan mengalah. Gomo Kelate Gomo!!