Berita

Ahmad Maslan: Jangan naik!

mat-maslanKUALA LUMPUR, 31 MEI: Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan meminta peniaga tidak menaikkan harga barangan selepas harga runcit petrol dan diesel mengalami kenaikan 10 sen seliter mulai tengah malam ini.

“Bila harga minyak turun, harga barang tak turun. Bila harga minyak dunia naik, maka minyak Malaysia juga naik.

“Harga barang jangan pula dinaikkan!” tulis Ahmad di Twitter.

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) di laman Facebook rasmi petang tadi memaklumkan, harga runcit baru bagi RON95 adalah RM2.05 seliter, RON97 RM2.35 seliter (termasuk GST 6%), dan diesel RM2.05 seliter.

Harga petrol dan diesel sebelum ini tidak berubah selama dua bulan berturut-turut iaitu pada bulan April dan Mei dengan kali terakhir pada bulan Mac.

Sebelum ini, harga minyak tidak berubah dengan petrol RON95 pada kadar RM1.95 seliter, RON97 pada RM2.25 seliter dan diesel pada RM1.95 seliter. – Roketkini.com