Berita

Berita ‘baik’ – Harga petrol, diesel naik 10 sen

kpdnkkKUALA LUMPUR: Harga runcit petrol dan diesel mengalami kenaikan sebanyak 10 sen seliter mulai tengah malam ini.

Menurut kenyataan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) di laman Facebook rasmi petang tadi, harga runcit baharu bagi RON95 adalah RM2.05 seliter, RON97 RM2.35 seliter (termasuk GST 6%), dan diesel RM2.05 seliter.

“Harga tersebut berkuat kuasa mulai 12.01 pagi, 1 Jun ini,” kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hasan Malek.

Harga petrol dan diesel sebelum ini tidak berubah selama dua bulan berturut-turut iaitu pada bulan April dan Mei dengan kali terakhir pada bulan Mac.

Harga minyak sebelum ini tidak berubah dengan petrol RON95 berharga RM1.95 seliter, RON97 pada RM2.25 seliter dan diesel pada RM1.95 seliter. – Roketkini.com