Berita

Mungkinkah Dr Mahathir akan ‘ghaib’?

GELANG PATAH, 1 JUN: Adakah Tun Dr Mahathir Mohamad akan hilang dari persada politik akibat ‘amaran’ sejuta ringgit bagi sesiapa yang mahu mendedahkan salah guna kuasanya?

Demikian soalan Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang setelah politik negara hangat ekoran pertelingkahan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Dr Mahathir.umno-retak

“Sebelum PRU 13, saya pernah umumkan, jika Pakatan Rakyat dapat menguasai Putrajaya,  kita akan buka semula siasatan ke atas skandal RM30 bilion tukaran wang asing Bank Negara dan RM100 bilion skandal sepanjang 22 tahun pemerintahan Mahathir.

“Selama 22 tahun pemerintahan Mahathir, semua agensi kerajaan dijadikan hamba kepada seorang lelaki, Mahathir,”jelas Kit Siang.

Pertelingkahan antara Mahathir dan Najib semakin keji apabila kedua-dua mereka dilihat cabar-mencabar antara satu sama lain dalam mendedahkan skandal masing-masing.

Politik londeh-melondeh itu semakin hangat apabila terbaru NGO Warga Untuk Tata Kelola Pemerintahan Bertanggungjawab (CAGM) menawarkan sejuta ringgit bagi mendedahkan harta persendirian Tun Mahathir.

Kit Siang berkata, sangat menyedihkan melihat politik Malaysia ketika ini apabila ia menyebabkan berlaku suasana tidak menentu.

“Daripada asyik bersaing siapakah yang lebih teruk (dalam mentadbir), kita harus berusaha untuk meningkatkan penanda aras pencapaian manusia tentang siapakah yang lebih baik untuk rakyat dan negara,”ujar Kit Siang. – Roketkini.com