Rencana

Adakah kabinet ambil tanggungjawab bersama?

muhyiddin-shafieSudahkah semua Menteri, termasuk Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Shafie Apdal menerima tanggungjawab kolektif ke atas skandal 1MDB dan bersedia untuk setia bersama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, dalam isu tersebut?

Soalan ini relevan apabila dua akhbar milik Umno, Utusan Malaysia dan New Straits Times menonjolkan laporan mengenai rencana dalam portal online Malaysia Today bahawa Perdana Menteri pada mesyuarat Jumaat lalu telah menyuruh anggota Kabinet meletakkan jawatan sekiranya mereka tidak menyokongnya dalam isu 1MDB.

Tulisan di Malaysia Today bertajuk “NAJIB ASKS HIS CABINET MEMBERS NOT WITH HIM TO RESIGN” melaporkan:

Anyway, after Second Finance Minister Ahmad Husni Hanadzlah presented the Ministry of Finance’s plan for 1MDB to the Cabinet on Friday, Najib looked at all the Cabinet members and asked them who were not with him. Those not with him can tender their resignation and walk out the door.

Nobody spoke. Most looked down at their shoes as if they suddenly needed to check whether their shoes were clean or not. A couple glanced at Shafie Apdal as if to say, “Well, since you are not with the PM are you going to resign and leave?” But not a single cabinet member said he or she does not agree with the 1MDB plan or are not with the PM and would like to resign from the cabinet.

So let us see what they say now. That they do not know what is going on? That they do not know what is happening in 1MDB? That they have not been informed about the affairs of 1MDB? That they do not agree with 1MDB? That they are not with the Prime Minister?

On Friday the Prime Minister gave the entire cabinet a chance to distance themselves from 1MDB and show that they do not support the Prime Minister by resigning. But not a single cabinet member did that, not even Shafie Apdal.

Adakah ini bermakna bahawa anggota Kabinet, termasuk Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Shafie, yang tidak bersetuju dalam soal skandal 1MDB, kini terpaksa mendiamkan bantahan mereka demi untuk terus menganggotai Kabinet Najib?

menteri-kabinetAdakah kesemua 35 orang Menteri dalam Kabinet Najib bersedia untuk menyatakan bahawa mereka bertanggungjawab secara kolektif terhadap skandal 1MDB dan akan terus setia bersama Najib dalam isu terbabit?

Jawapan kesemua 35 Menteri Kabinet ini sangat relevan memandangkan wujud keraguan bahawa Kabinet telah dimaklumkan sepenuhnya tentang pelan halatuju 1MDB pada hari Jumaat lalu.

Jika tidak, tidak akan wujud kontroversi tentang sama ada 1MDB akan dibubar menjelang tahun hadapan dan operasinya akan dipindahkan ke tiga firma berasingan, seperti yang dilaporkan Bernama sejurus selepas mesyuarat Kabinet Jumaat lalu. Laporan tersebut kemudiannya dinafikan pula oleh Menteri Kewangan II Datuk Seri Husni Hanadzlah.

Sebelum mesyuarat Kabinet Jumaat lalu, Husni berkata beliau akan mengumumkan pelan halatuju 1MDB setelah ia dibentangkan kepada Kabinet.

Ini tidak berlaku, apabila Husni sekadar mengumumkan bahawa 1MDB akan menerima US$1 bilion (RM3.67 bilion) daripada International Petroleum Investment Company (IPIC) di Abu Dhabi bagi membayar semula hutang berjumlah US$975 juta yang sepatutnya cukup tempoh pada bulan Ogos namun mahu dikutip lebih awal oleh sebuah konsortium pemberi pinjam dari Jerman ekoran pelanggaran syarat pinjaman oleh 1MDB.

Namun orang ramai masih belum dimaklumkan bagaimana talian hayat 1MDB bernilai US$1 bilion dari Abu Dhabi itu akan ditanggung oleh rakyat Malaysia memandangkan tidak ada yang pecuma di dunia ini. Begitu juga tidak diketahui sebarang perincian perjanjian dengan IPIC dan unitnya dalam Aabar Investments, mahupun sebarang aspek plan rasionalisasi 1MDB.

muhyiddin-najibAdakah butir-butir pelan halatuju 1MDB ini telah dibentangkan kepada Kabinet Jumaat lalu, atau adakah Menteri Kabinet diminta memberi persetujuan ‘blank cheque’ seperti biasa tanpa sebarang perincian penting bagi membolehkan para menteri membincangkan kemampanan pelan tersebut – walaupun para Menteri akan memikul tanggungjawab kolektif ke atas pelan halatuju 1MDB terbabit?

Adakah para Menteri, seperti juga rakyat Malaysia yang lain, bak kata Shafie, tidak jelas dengan perjanjian-perjanjian tidak telus 1MDB?

Pelan halatuju 1MDB itu sebenarnya adalah pelan halatuju untuk menyelamatkan 1MDB demi menyelamatkan Najib, memandangkan Perdana Menteri merupakan pemberi kelulusan utama dalam semua urusan 1MDB. Oleh yang demikian, pelan halatuju 1MDB tiada bezanya dengan pelan Selamatkan 1MDB atau pelan Selamatkan Najib.

Adakah semua Menteri Kabinet sedar Jumaat lalu bahawa ketika mereka memutuskan pelan halatuju 1MDB, mereka sebenarnya sedang memutuskan pelan menyelamatkan Najib?

Adakah Najib telah memberi laporan penuh kepada Kabinet mengenai semua urusannya dalam 1MDB sepanjang tempoh enam tahun lalu sebagai pemberi kelulusan utama dalam transaksi, perjanjian dan pelaburan 1MDB?

tabung-haji-1MDBDan adakah kesemua Menteri Kabinet memahami bagaimana 1MDB boleh mengumpulkan hutang berjumlah RM42 bilion dalam masa enam tahun, serta menyokong keputusan yang diambil oleh Najib sebagai pembuat keputusan utama dalam semua transaksi tersebut?

Memandangkan Najib adalah pembuat keputusan bagi kesemua urusniaga 1MDB, dan Lembaga Pengarah atau pengurusan 1MDB pula akan bersalah pecah amanah, cuai dan salahguna kuasa sekiranya menjalankan urusniaga besar bagi 1MDB tanpa kelulusan bertulis Perdana Menteri, adakah Najib menarik diri ketika Kabinet memutuskan tentang pelan halatuju 1MDB kerana wujud konflik kepentingan peribadi? – Roketkini.com