KUALA LUMPUR, 2 JUN: Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) tengah hari tadi selepas menderita beberapa lama dalam Penjara Sungai Buloh.
Menurut laporan Malaysiakini Anwar telah lama mengadu sakit di bahagian bahu kanannya dan memohon untuk menjalani imbasan MRI.
Darah turut ditemui dalam tinja bekas ketua pembangkang itu.
Selain tekanan darah tidak menentu, berat Anwar semakin menurun sebanyak 6 kilogram.
Kenderaan yang membawa DSAI sudah tiba di HKL dengan kawalan yang amat ketat..
— Dr Wan Azizah Ismail (@drwanazizah) June 2, 2015

pihak penjara dan polis mengiringi Anwar Ibrahim ke HKL
Isteri beliau Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail dalam kiriman Twitternya mengatakan van membawa Anwar tiba di HKL kira-kira jam 2.30 petang tadi dengan kawalan rapi pihak polis.
Termasuk hari ini, Anwar telah menjalani 113 hari hukuman penjara kes fitnah liwat II bermula 10 Februari lalu setelah penghakiman mahkamah persekutuan memihak kepada pendakwaan bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan. – Roketkini.com