Berita, Isu Semasa

Chin Tong: Muktamar 2015 pisahkan dua jalur PAS

KUALA LUMPUR, 3 JUN: Muktamar PAS Khamis ini akan memisahkan jalur konservatif dan jalur sederhana dalam parti Islam itu, kata Pengerusi DAP Johor Liew Chin Tong.

Menurut Chin Tong, di dalam PAS wujud dua kelompok yang mempunyai cita-cita berlainan ketika membawa aspirasi  politik masing-masing.

Sambil memberi contoh dua anak Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang mempunyai pandangan berbeza  mengenai kerjasama PAS dengan UMNO – BN, beliau mengatakan ia menunjukkan dua jenis kelompok itu memang  sedang saling bertentangan.mengenang-TGNA

(Baca pandangan Chin Tong di sini)

“Nik Abduh mendakwa bahawa arwah ayahnya tidak pernah menentang usaha  bekerjasama dengan Umno, sedangkan Nik Omar (yang lebih tua) pula  mempunyai pendapat berbeza sama sekali.

“Ada garis pemisah antara yang bersedia bekerjasama dengan parti pembangkang lain bagi menumbangkan Umno yang korup dalam pilihan raya akan datang demi perubahan yang lebih besar,

“Dan yang mahu bekerjasama dengan Umno untuk laksana hudud segera,” jelas Chin Tong. – Roketkini.com