Berita, Rencana

Pertaruhan dalam pemilihan PAS

Permasalah pemilihan PAS Khamis ini (4 Jun) sangat jelas. Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang telah meminta ahli partinya memilih di antara penyokongnya dan kelompok yang didakwa “mengikut telunjuk DAP”.

Menjawab kenyataan berkenaan, bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Nizar Jamaluddin pula berseloroh menyatakan, pilihan yang ada sebenarnya adalah antara “pengikut DAP” dan “boneka Umno”.

Forum Nusantara "Mengenang Tok Guru Nik Aziz: Islam dan Kepelbagaian"

Forum Nusantara “Mengenang Tok Guru Nik Aziz: Islam dan Kepelbagaian”

Sabtu lalu saya menjadi panelis dalam sebuah forum bersama Nik Omar Nik Aziz, anak lelaki sulong Tok Guru Nik Aziz.

Saya menyedari bahawa walaupun dalam keluarga mantan Mursyidul Am PAS itu sendiri wujudnya kepelbagaian pendapat. Nik Abduh mendakwa bahawa arwah ayahnya tidak pernah menentang usaha bekerjasama dengan Umno, sedangkan Nik Omar pula mempunyai pendapat yang berbeza sama sekali.

Ada garis pemisah antara kelompok yang bercita-cita menawan Putrajaya dan kelompok yang hanya mahu menetap di Kota Bharu; antara mereka yang bersedia bekerjasama dengan parti-parti pembangkang lain bagi menumbangkan Umno yang korup dalam pilihan raya akan datang demi perubahan yang lebih besar dan mereka yang mahu bekerjasama dengan Umno untuk melaksanakan hudud dengan segera; serta antara mereka yang melihat Malaysia sebagai sebuah rancangan berbilang kaum dan agama, dengan mereka yang merasakan Malaysia hanyalah sebuah entiti berkaum/beragama tunggal.

Pemilihan parti yang bakal berlangsung nampaknya tidak akan menamatkan konflik yang sudah terlalu lama ini. Sekurang-kurangnya mengakar ke peristiwa yang terjadi sejak 1998. Khamis ini akan membawakan permulaan baru bagi PAS, ke arah kebaikan ataupun sebaliknya.

Kelahiran PAS

PAS ditubuhkan pada 1951 oleh kumpulan ulama dalam Umno. Antara mereka ialah bapa dan datuk kepada bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi.

PASKebanyakan ahli Umno memutuskan hubungan mereka dengan PAS pada 1954 apabila Umno mengaramkan keahlian berganda sementara menanti pilihan raya persekutuan yang pertama pada Julai 1955 yang menyaksikan Umno memenangi 51 daripada 52 kerusi, manakala baki satu kerusi itu dimenangi PAS.

Pilihanraya pertama selepas merdeka pada 1959 mengejutkan Umno apabila PAS memenangi kerajaan negeri Kelantan dan Terengganu. Umno berjaya merampas kembali Terengganu apabila ada wakil rakyat PAS yang melompat parti pada 1961. PAS hanya berjaya menawan semula Terengganu pada 1999.

Pentadbiran Kerajaan Kelantan, yang berkekalan sehingga krisis pada 1977 jauh lebih penting bagi PAS. Pemimpin di Kelantan, Datuk Asri Muda merupakan individu paling berkuasa di dalam PAS sejak 1959 sehinggalah 1982 apabila beliau dilengser dalam sebuah manuver‘rampasan kuasa’ dalam parti walaupun beliau hanya rasmi menjadi presiden pada 1971.

Sepanjang kepimpinan Asri, pertandingan antara PAS dan Umno hanyalah sekitar siapa yang lebih berkesan menjuarai isu Melayu.

PAS kemudian menjadi rakan gabungan Umno pada 1973 dan menyertai koalisi pemerintah BN pada 1974 apabila ia dilancarkan sebelum pilihan raya umum.

PAS ditendang keluar dari Barisan Nasional pada November 1977 selepas parti tersebut membantah rang undang-undang Parlimen bagi mengisytiharkan darurat di Kelantan.

Datuk Muhamed Nasir (Menteri Besar Kelantan 1973-1978)

Datuk Muhamed Nasir (Menteri Besar Kelantan 1973-1978)

Ia tercetus apabila kerajaan Persekutuan mengeksploitasi krisis kepemimpinan yang berpanjangan di Kelantan, apabila Adun PAS Kelantan melakukan undi tidak percaya terhadap Menteri Besar, Datuk Mohamad Nasir yang mendapat sokongan Umno.

PAS kehilangan Kelantan dalam pilihan raya negeri yang menyusul pada Mac 1978. Dengan kata lain, PAS telah ditipu oleh Umno.

Ketika PAS bekerjasama dengan Umno pada 1970-an, terdapat kelompangan dalam kepimpinan di kalangan orang Melayu, terutamanya generasi muda. Anwar Ibrahim dan pimpinan Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) dilihat sebagai alternatif kepada Umno.

Anwar telah berkempen untuk PAS pada pilihan raya umum 1978 dan ditawarkan untuk memimpin PAS oleh Asri beberapa kali. Namun beliau akhirnya menyertai Umno satu minggu sebelum pilihan raya April 1982 dan menjadi wajah Islam Umno selama 16 tahun sehinggalah beliau dipecat pada September 1998.

Pada Oktober 1982, sebagai respon kepada Umno yang telah menemukan wajah Islamnya daripada Anwar dan sebagai usaha meremajakan parti, young Turks PAS telah melengser Asri dari kerusi presiden dalam muktamar yang tidak berlangsung pemilihan.

Akhirnya, separuh kepimpinan utama PAS dipecat pada Januari 1983 oleh kepimpinan baru, termasuk empat daripada lima ahli parlimennya pada waktu itu, dengan meninggalkan Nik Aziz sebagai satu-satunya ahli parlimen di peringkat nasional.

Bagi membezakan antara kepimpinan lama dan baru, “kepimpinan ulama” diangkat menjadi tema. Maksud sebenar label tersebut terus menjadi topik perdebatan sehingga ke hari ini.

Antara 1982 dan 1998, sementara PAS melalui proses peremajaannya, ia merupakan sebuah parti pembangkang kecil dengan tapak sokongan di negeri Melayu Utara iaitu Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis.

Kepimpinan ini terdiri daripada para ulama dan aktivis, manakala ahlinya pula terdiri daripada petani dan peniaga yang sama ada menyokong PAS atas dasar identiti Kelantan, atau kerana benar-benar mahu melihat sebuah masyarakat yang lebih taat beragama. Mereka tidak berfikir tentang mendapatkan kuasa di peringkat Persekutuan kerana ia sememangnya mustahil.

Idealisme Reformasi bagi PAS

Pemecatan Anwar Ibrahim pada tahun 1998 membawa perubahan kekal kepada PAS. Setahun selepas September bersejarah itu, PAS mendakwa keahliannya meningkat dua kali ganda daripada 450,000 menjadi 800,000 orang.

1998

Reformasi 1998

Ramai yang menyertainya adalah daripada kalangan ‘orang kaya baru’ dan profesional hasil Dasar Ekonomi Baru yang secara geografinya tertumpu di bandar-bandar Pantai Barat. Mereka membenci Mahathir dan Umno, namun barangkali juga tidak percaya Anwar. Justeru, mereka memilih PAS.

Pada pilihanraya umum 1999, dengan penolakan kuat orang Melayu terhadap Umno, PAS memenangi 27 kerusi Parlimen beserta kerajaan Terengganu selain kerajaan Kelantan yang telah ditadbirnya sejak 1990.

Dengan kemasukan beramai-ramai ahli baru dan kemunculan pimpinan baru yang tidak terlatih sebagai ulama, cakap-cakap tentang pertembungan ulama dan profesional menjadi tema setiap pemilihan parti sejak era Reformasi. Pendeknya, latar belakang pendidikan sudah tidak sepenting sikap politik.

fadzil noor

Ustaz Fadzil Noor

Presiden PAS ketika itu, Datuk Fadzil Noor pada waktu itu begitu bersemangat untuk membawa parti itu melampaui tapak sokongannya dan menjangkau lebih jauh kepada audien Melayu yang lebih luas, serta para pengundi bukan Melayu.

Katanya, PAS harus mengarusperdanakan dirinya.

Pertembungan seterusnya pula adalah antara mereka yang menyokong usaha mengarusperdanakan parti dengan mereka yang para pendokong tradisi.

Kematian Fadzil Noor pada bulan 2002 mengakibatkan Abdul Hadi mengambil alih kemudi PAS dan membolehkan parti itu kembali ke kedudukan asal memperkukuh tapak sokongannya dengan agenda-agenda bergaris keras.

PAS kalah teruk dalam pilihan raya umum tahun 2004 dan kehilangan kerajaan negeri Terengganu.

Antara tahun 2004 dan 2008, para pendukung garis keras ini dijinakkan ekoran kekalahan besar dan anasir moderat yang berjaya mengemudi parti mengikuti arah Partai Keadilan Sejahtera Indonesia dan AK Parti di Turki.

Maka kemudian timbullah terma Erdogan.

Kembalinya puak konservatif

Tsunami 2008 membawa kejutan besar. PAS memperolehi tambahan kerusi daripada hanya enam pada 2004 menjadi 23 kerusi pada 2008.

Namun ramai di lingkungan konservatif tidak senang hati kerana Parti Keadilan Rakyat memenangi 31 kerusi, manakala DAP 28. Pada masa sama, Umno cuma menubuhkan Kerajaan Perpaduan bersama PAS di peringkat negeri dan persekutuan. Idea itu membuat sesetengah orang begitu teruja.

umno korupApabila Umno beserta juak-juak dan medianya terus membawa agenda politik 3R – Race, Religion and Royalty (kaum, agama dan raja-raja), ramai dari kalangan PAS mula berhati-hati dengan politik baru tidak perkauman yang dibawa oleh Pakatan Rakyat.

Selain golongan pengekal tradisi dan penyokong usaha arus perdana, satu lagi generasi baru yang dewasa sepanjang proses peremajaan 1982 kini sudah cukup usia. Sebahagian dari mereka ada yang merupakan anak pemimpin parti.

Kelompok garis keras 1982 telah melatih anak-anak mereka dalam persekitaran tertutup politik PAS sejak zaman prasekolah sehingga ke universiti, tanpa banyak interaksi dengan masyarakat luar. Merekalah yang membentuk kumpulan garis keras baru dalam pertarungan hari ini.

Jurang perbezaan ini terlalu luas dan tidak mungkin pertembungannya selesai selepas pemilihan. Hasil pemilihan kali ini akan membawa kesan besar bagi PAS, Pakatan Rakyat dan Malaysia. Penyusunan semula pasukan-pasukan mungkin menjadi langkah seterusnya.