Berita, Isu Semasa

Amy Search: Tak ada GST, sebab ada hati perut

KUALA LUMPUR, 4 JUN: Di kala pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) terus menekan hidup rakyat, ada peniaga tidak mengenakan cukai itu kepada pengguna.

Penyanyi popular Amy Search dalam satu kiriman di laman Instagram menulis, tindakan peniaga yang tidak mengenakan GST kepada pengguna kerana “ada hati perut”.

“Sebab apa Buburia tak ada GST? Sebab ada hati perut,” kata Amy memuji langkah sebuah restoran, Buburia yang tidak mengenakan GST kepada pelanggannya .

“Kita berkorban sikit buat sesama tentu Allah suka, betul tak?” ujar Amy dalam kriman di akaun instagram, dua hari lalu.

Namun, kata-kata ‘berkorban’ itu tidak pasti sama ada ditujukan kepada pengusaha rerstoran, atau sindiran kepada kerajaan.

Amy atau nama sebenarnya Suhaimi Abdul Rahman dipercayai membandingkan harga makanan di restoran.

Beliau mengulas sebuah restoran masakan Melayu, Buburia yang terletak di Petaling Jaya tidak mengenakan GST. – Roketkini.com