Berita, Wawancara

Kita negara rasis dengan kerajaan yang fasis

“Semua orang kena dengar band ni,” kata seorang kawan ketika sebuah forum di Titiwangsa beberapa bulan lalu. Ketika itu, Shh…Diam, band 4-piece semua perempuan ini jadi panel.

Aku sudah lupa apa yang dibincang dalam forum itu, tetapi aku ingat nasihat kawan dan mula mencari lagu-lagu band ini di YouTube. Secara percuma, tentunya.

Dan aku ingin panjangkan nasihat seorang kawan itu kepada anda semua. Esok, Shh…Diam akan beraksi di pentas “Solidariti: Malaysia Milik Kita Bersama” anjuran Roketkini.com bertempat di Publika.

Minggu lalu, kami mewawancara Faris (gitar, vokal) dan Yon (gitar, vokal) selepas menyaksikan persembahan akustik mereka di Dataran Merdeka.

Roketkini (R): Hai, selamat petang. Sorry-lah sebab lambat. Jalan tak lurus nak sampai (Dataran) Merdeka ni. Korang confirm main kat acara ‘Solidariti’ kan? Jadi soalan wajib – Apa maksud ‘solidariti’ bagi korang sendiri?

shh

Shh Diam

Yon (Y): Kebersamaan-lah.

Faris (F): Banyak karya, benda yang dihasilkan pemuzik dan ‘artist’ dianggap salah oleh kerajaan. Jadi kami sebagai orang yang terlibat dalam bidang kreatif, ada peranan dan tanggungjawab untuk menyokong sesama sendiri. Solidariti dalam muzik.

R: Amboi, belum apa-apa dah sebut kerajaan. Mentang-mentanglah kami Roketkini. Adakah Shh… Diam! ni band yang politikal?

F: Hmm…Sebenarnya kami tidak bermula dengan niat atau mind-set untuk jadi politikal.

Y: Pendengar label kami berdasarkan lagu. Ada orang kata kami ni feminis, LGBT. Tetapi kami sebenarnya cuma berdiri atas apa yang kami percaya. Tidak lebih daripada itu.

R: Adakah label itu sebab lagu korang memang tentang kepercayaan itu?

Y: Memang, kebanyakan lagu kami adalah tentang apa yang kami percaya. Sebuah lagu kami, tentang cerita seorang yang bangun dari tidur dan sedar dia gay. Itu adalah sindiran tentang tanggapan ramai orang yang gay ini pakai baju v-neck, gay ni lepak sesama sendiri sahaja.

Dan lagu kami memang banyak sindiran pun.

Yon (kiri) dan Fariz ketika persembahan akustik di hadapan perpustakaan KL.

F: Kalau proses pula, time berak pun boleh buat lagu dan lirik. Ada satu lagu tajuk “Guangzhou Girls”, liriknya daripada voice notes yang dua kawan dari Guangzhou hantar kat Yon. Diorang suka hantar voice notes, jadi kami susun dan jadikan sebagai lirik (ketawa).

Y:Lagu “Guangzhou Girls” tu memang kelakar. Kami embrace benda-benda spontan. Kalau tentang topik yang memang dekat dengan kami, semua akan sungguh-sungguh buat lagu.

R: Tadi Faris cakap tentang solidariti sesama pemuzik. Jadi cerita sedikit pengalaman tentang solidariti?

F:Kami dapat sokongan kuat daripada Seksualiti Merdeka. Kami juga pernah terlibat dalam beberapa program untuk kutip dana, termasuk gig untuk seorang kawan yang perlukan wang buat pembedahan.

R: Adakah Malaysia negara rasis?

F: Ya. Kita negara rasis dengan kerajaan yang fasis.

Otak kita dicuci untuk jadi prejudis sejak dari kecil. Misalnya ketika aku tingkatan 2, cikgu kelas agama guna istilah “kafir laknat” dan “cina bangkai”. Aku tak suka tapi sebagai budak umur 14 tahun, apa aku boleh buat?

R: Korang mesti ada kawan yang rasis dan seksis. Jadi bagaimana berhadapan dengan mereka?

Y: Kebanyakannya tidak terdedah dengan masyarakat kaum lain. Walaupun masuk sekolah kebangsaan, waktu rehat makan dengan kaum sendiri sahaja. Bila masuk universiti pun, lepak dengan lingkungan yang sama.

shh2Kita dipisahkan oleh banyak aspek. Tengoklah rumah kebajikan, tadika. Ada Tadika Islam, ada rumah kebajikan bukan Islam, misalnya. Kenapa diasing-asingkan begitu?

Oleh sebab tak familiar dengan budaya kaum lain, kita jadi takut dan mudah rasa tercabar.

F: Tambah pula dengan budaya patriarki. Aku tak boleh cakap bagi pihak kaum India atau Cina, tapi memang kuat dalam masyarakat Melayu. Berapa banyak post nasihat di Facebook, “isteri kena rajin kemas rumah, buat air untuk suami. Pastikan anak-anak sentiasa kemas bila suami balik kerja.”

Sebenarnya kelakar juga. Melayu takut bergaul dengan kaum lain, tapi di rumah layan filem Stephen Chow, hafal lagu Hindustan. Ini menunjukkan kita sebenarnya terbuka untuk terima segala benda, tetapi persekitaraan membataskan.

R: Kita tengok dalam scene sendiri. Kenapa crowd yang datang gig masih terhad pada kaum-kaum tertentu?

F: Aku pun perasan. Ada gig yang crowd-nya ramai Melayu, ada yang majoritinya Cina. Tapi aku nampak perlahan-lahan sudah mula berubah.

Tapi persekitaran kau dibesarkan pun mempengaruhi jenis muzik yang kau dengar, gig yang kau pergi. Seseorang yang masuk sekolah Cina, dengan sistem pendidikan yang kita ada ni, dia takkan tiba-tiba muncul di Rumah Api.

Y: Tapi bergantung pada tempat dan jenis muzik juga.

R: Adakah korang rasa sub-culture, Punk misalnya, masih ada impak sosial. Atau sekarang cuma soal cita rasa sahaja?

shhbfm

Wawancara bersama BFM

F: Aku rasa mereka ‘masuk’ scene ni untuk rasa sense of belonging. Dan memang ramai yang takut nak melangkaui sempadan, contohnya tak mengaku dengar lagu Britney Spears kat rumah (ketawa).

Maksud aku kau tak boleh menyekat diri sendiri dalam had-had tertentu. Pasti ada orang yang akan benci dan kutuk, tapi kau kena berkembang sebagai seorang individu.

Pasti dalam mana-mana scene, akan ada seorang dua yang berlagak abang besar, cakap kau tak cukup punk-lah, kau kena dengar band itu-lah. Aku rasa punk masih tentang buat apa yang kau nak buat. Berbalik kepada hati.

Y: Kita memang ada herd mentality ini. Kat sekolah kau dah terbiasa, dengan uniform semua. Jadi lepas habis sekolah, kau cari benda yang sama. Dan kau pulak nak jadi cool, dan rasa itulah yang kau perlu buat untuk jadi cool.

R: Kau rasa DAP ini memang parti Cina yang nak buat negara Kristian?

Y: Setahu aku DAP bukan parti Cina, walaupun ramai ahlinya kaum Cina. Samalah dengan Malaysia, bukan negara Melayu walaupun majoriti Melayu. Tentang negara Kristian tu, sampahlah.

R: Apa-apa pun, di kad pengenalan korang masih lagi tertera Melayu. Ramai terutama yang di bandar rasa apologetik dengan kemelayuan mereka. Terutama dengan adanya pihak seperti ISMA dan Rani Kulup. Korang pun sama?

F: ‘Malu’ adalah perkataan yang lebih tepat. Dengan internet, masyarakat lain dapat gambaran sebegitu tentang orang Melayu dan Islam di Malaysia. Menyedihkan sebab ia tidak tepat. Sebab nila setitik rosak susu sebelanga. Aku pun susu dalam belanga tu. F*** the ‘nila’, man! – Roketkini.com