Berita, Isu Semasa

Tiada kejutan dalam pemilihan PAS

KUALA SELANGOR, 5 JUN: Selepas 13 tahun menyandang jawatan Presiden PAS tanpa bertanding, akhirnya Ahli Parlimen Marang Datuk Seri Abdul Hadi Awang buat pertama kali mengekalkan jawatannya melalui peti undi bagi penggal 2015-2017.

Hadi memperolehi 928 undi menewaskan pencabarnya, Ahmad Awang yang mendapat 233 undi.

mukKeputusan tersebut diumumkan oleh Pengerusi Jawatakuasa Pemiilhan PAS, Asmuni Awi.

Sementara itu, Mohamad Timbalan Sabu gagal mempertahankan jawatannya apabila tewas kepada Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Mohamad Sabu mendapat 279 undi, manakala Tuan Ibrahim mendapat 881.

mukkomaMenurut Asmuni, sebanyak 1,162 kertas undi dikeluarkan dengan bilangan kertas undi yang berada dalam peti undi sebanyak 1,161, satu undi tidak dikembalikan dan tiada undi rosak.

Keputusan tersebut menepati senarai ‘chai’ (senarai) yang diedarkan di beberapa muktamar sayap-sayap parti PAS semenjak dua hari lalu.

Berikut senarai lengkap pemenang pemilihan PAS seperti diumum malam tadi:

Naib Presiden:
Idris Ahad 896 undi
Datuk Mohd Amar Abdullah 710
Datuk Iskandar Abdul Samad 672

Ahli Jawatankuasa Pusat:
Nasruddin Hassan Tantawi 782
Dr Riduan Mohd Nor 782
Datuk Nasruddi Daud 777
Sallehan Mukhyi 763
Nik Muhammad Zawawi Nik Salleh 749
Datuk Dr Khairuddin Aman Razali 736
Datuk Dr Fadhli Hasan 722
Datuk Abdullah Hussin 679
Razman Zakaria 674
Dr Mohd Zuhdi Marzuki 670
Mokhtar Senik 656
Zaharuddin Muhammad 611
Dr Ali Akbar Gulasan 596
Mazlan Aliman 593
Dr Rosni Adam 590
Mohd Noor Mohamad 566
Muhmad Sanusi Md Nur 556
Nor Azli Musa 544
– Roketkini.com