Berita

Rumah mangsa banjir: Kerajaan Kelantan tak hargai, tak apa

11289465_367610163442470_3357746597121225192_oGEORGE TOWN, 8 JUN – Meski tidak mempunyai kepentingan politik yang besar di Kelantan, DAP terus membantu mangsa bencana banjir besar yang melanda negeri itu hujung tahun lalu.

Setakat hari ini, projek bantuan melalui Gabungan Impian Kelantan yang dikepalai DAP telah membantu membina semula infrastruktur di negeri Cik Siti Wan Kembang itu, walaupun dicemuh pihak-pihak tertentu.

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng melalui akaun Twitternya menulis bahawa DAP telah membina 45 buah rumah percuma di Kelantan.

Ini dilakukan sungguhpun DAP tidak bertanding di Kelantan, dan tidak mempunyai jawatan pun di negeri pimpinan PAS itu.

Guan Eng berkata demikian sebagai mengulas kicauan warga Twitter, @The_Mamu yang menyatakan harapan supaya Ketua Pemuda PAS yang baru, merangkap Ahli Parlimen Pasir Mas, Nik Abduh Nik Abdul Aziz untuk mengusahakan sesuatu bagi membantu mangsa banjir Kelantan.

Kicauan tersebut turut memuatkan gambar laporan akhbar Harian Metro bertarikh 6 Jun lalu yang menampilkan keadaan mangsa banjir yang bakal menyambut Ramadan dalam khemah meski enam bulan telah berlalu sejak tragedi tersebut.

10830823_1575404046067587_870964052517149489_oDitanya mengenai projek pembinaan 45 rumah terbabit, Ketua Menteri Pulau Pinang itu membalas, “DAP siap bina 45 buah rumah percuma untuk mangsa. Kos hampir RM1 juta dikutip daripada penyokong,”

“Kerajaan Kelantan tak hargai takpa,” ujarnya pedas. – Roketkini.com