Berita, Isu Semasa

Najib menipu lagi di Sabah?

KUALA LUMPUR, 10 JUN: Perdana Menteri Najib Tun Razak sekali lagi terperangkap dalam penipuannya sendiri ketika memberi alasan tidak melawat tempat bencana gempa bumi di Sabah.

Dalam laporan Malaysian Insider kelmarin, Najib memberitahu masyarakat Kundasang beliau tidak dapat hadir ke Ranau pada Jumaat lalu kerana tragedi gempa bumi itu berlaku pada hari keputeraan Yang di-Pertuan Agong.

DATUK SERI NAJIB TUN RAZAK Namun, menurut Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang kenyataan itu jelas percubaan Najib mahu menipu  seluruh rakyat Sabah kerana hari keputeraan baginda bukan jatuh pada hari Jumaat tetapi pada hari  Sabtu.

“Najib tidak berkata benar jika mendakwa dia tak dapat melawat Sabah pada Jumaat kerana ia  bersempena hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong.

“Hari keputeraan itu jatuh pada Sabtu 6 Jun, bukannya pada Jumaat,” kata Kit Siang.

Menurut Ahli Parlimen Gelang Patah itu, Najib mesti menjelaskan kenapa dia tak boleh melawat Ranau dan  Kundasang secepat mungkin sebelum berangkat ke Arab Saudi.

Gempa bumi di Ranau Jumaat lalu menyaksikan gegaran berskala 6.0 magnitud mengakibatkan 18 orang disahkan terkorban setakat ini. Usaha mencari mangsa hilang masih lagi dijalankan sehingga kini. – Roketkini.com