Berita, Budaya, Isu Semasa

Bruce Lee muncul di The Mines demi Kelantan

Oleh: Zahid M. Naser (Gambar: Ahmad Yusufi)

SERI KEMBANGAN, 12 JUN: Semangat kental dan gerak tangkas Bruce Lee seakan hidup kembali apabila lebih dari 50 hasil seni memaparkan imej aktor itu dipamerkan mengenainya di The Mines hari ini.

Pameran itu diadakan bukan untuk mencari keuntungan sebaliknya mengumpul dana bagi membantu menjayakan projek Impian Kelantan membina tempat tinggal dan kemudahan bagi mangsa banjir.

SUFI8544

Pengarah Misi Bantuan Bencana DAP Anthony Loke berkata jualan karya lukisan demi mengutip dana bagi mangsa banjir di Kelantan itu adalah julung kali dilaksanakan.

Berucap di majlis perasmian “Pameran Amal Lukisan Ulang Tahun ke-75   Bruce Lee” di The Mines hari ini, pameran sama di Pulau Pinang saja        mengumpul lebih RM100,000.

“Kita sasarkan pameran dan jualan di Selangor akan capai lebih RM200,000.

Anthony berkata, hasil jualan lukisan Bruce Lee penting demi projek membantu rakyat Kelantan.

“Ramadan hanya beberapa hari saja lagi, namun rakyat Kelantan ramai masih tinggal di dalam khemah.SUFI8655

“Kita berharap kutipan dari jualan lukisan Bruce Lee akan membantu kita dalam usaha membina semula mangsa-mangsa banjir di Kelantan,” katanya.

Anthony menambah, selepas sebuah kampung berjaya dibaik pulih, mereka berharap dapat bantuan dapat dikembangkan ke kawasan petempatan lain pula.

Pameran di The Mines hari ini dirasmikan Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang kira-kira jam 12 tengah hari. Majlis turut dimeriahkan persembahan seni mempertahankan diri Wing Chun oleh rakan seperguruan Bruce Lee, David Peterson.

SUFI8724 Selain Impian Kelantan, projek amal itu turut mendapat sokongan Kelab  Bruce Lee, Persatuan Komik Mandarin Malaysia dan DAP.

Pameran dan jualan itu bermula pada 11 Jun sehingga 17 Jun ini. –  Roketkini.com