Berita, Isu Semasa

Pak Samad: DAP parti bernama harum

(Gambar: Ahmad Yusufi)

GUA MUSANG, 14 JUN: Hanya DAP bersungguh-sungguh membela nasib rakyat, kata Sasterawan Negara A Samad Said.

“Sesudah mengkaji lebih beberapa tahun, saya lihat hanya DAP adalah satu-satunya parti siasah yang mempunyai landasan jelas.

“Hanya DAP yang saya lihat bekerja sungguh-sungguh, satu nama yang harum sebenarnya,” katanya ketika ditemui di Kampung Pasir Tumboh, Kelantan.SUFI9651

Mengulas lanjut, Samad menyatakan minatnya terhadap DAP sebenarnya sudah lama.

Katanya, sebagai penggiat sastera seseorang itu perlu menentukan sikapnya dan tidak hanya menulis tapi tidak melakukan apa-apa.

Beliau turut mengkritik cara pemerintahan kerajaan sekarang ini yang mengakibatkan ekonomi negara semakin parah.

“Keadaan makin buruk. Dari segi ekonomi misalnya sudah tidak rahsia lagi bahawa negara berhutang lebih RM600 bilion.

SUFI9872“Siapa yang harus membayar semua ini?

“Kita harus menentang segala ketidakadilan untuk mewaraskan bangsa,” ujar beliau. -Roketkini.com