Berita, Isu Semasa

DAP sokong Azmin susun kerajaan negeri

KUALA LUMPUR, 16 JUN: Tanpa Pakatan Rakyat, kini DAP memberi sokongan kepada Menteri Besar Selangor Azmin Ali untuk merangka semula kerajaan negeri.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng hari ini berkata, parti itu berharap Azmin dapat merangka semula kerajaan negeri dengan muafakat baru berdasarkan Dasar Bersama Pakatan rakyat serta manifesto Pakatan Rakyat Selangor 2013.

Lim Guan Eng“DAP akan berusaha ke arah sebuah muafakat baru yang berprinsip dan lebih bagi mengisi kelompangan politik serta mampu menyalakan semula harapan rakyat ke arah perubahan bagi menjadikan Impian Malaysia sebuah realiti, serta masa depan yang lebih baik untuk semua,” katanya.

Sebelum ini Guan Eng menjelaskan mesyuarat Jawatankuasa Pusat DAP malam tadi memutuskan Pakatan Rakyat sudah berkubur.

Siri pengkhianatan dilakukan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang serta keputusan muktamar parti itu memutuskan hubungan dengan DAP menjadi alasan untuk membuat keputusan berkenaan.

Guan Eng berkata, penerimaan pengundi Selangor terhadap Dasar Bersama Pakatan Rakyat membolehkan gabungan itu mendapat mandat lebih 60 peratus undi popular pada pilihan raya umum lalu. -Roketkini.com