Rencana, Sastera

anak kecil (ber)main indie

ekcheli, ai antara orang yang teramat-amat kecewa apabila biro tata negara (bi-ti-en) bersikap lunak kepada kumpulan penerbitan indie dalam negara ini selepas ‘risikan’ dan penyelidikan amat mendalam mereka jelas membuktikan betapa besarnya ancaman yang sedang kita hadapi kini.

menolak ke tepi seketika isu kebocoran slaid berjudul gerakan indie di Malaysia tue, kita sebenarnya perlu bersolidariti untuk berasa amat bimbang dengan maklumat-maklumat yang didedahkan pada lembaran-lembaran berkenaan.

bayangkan betapa bahayanya sastera indie yang ditandai dengan kebebasan berfikir dan ide tanpa kawalan seperti dapatan pegawai di bahagian penyelidikan dan penerbitan bi-ti-en tersebut.

pemain

watak penting gerakan indie

hidup manusia mesti terikat dan terkawal oleh hukum. disinilah terdedahnya ancaman besar gerakan indie apabila mereka mempromosikan kebebasan berfikir ketika negara kita ni perlu dikongkong daripada mengkritik apa-apa saja keos yang ada.

keberanian geng indie ni menerbitkan buku secara sendiri – dan kemudian ulang cetak pulak kalo habis di pasaran –tentu boleh mengancam ekonomi. nak nak pulak, ekonomi penerbit koperat yang menjadi penyumbang setia kepada tex negara.

suka atau tak, gerakan indie memang mengancam pembangunan warga malaysia kot!

jom kita nengok defisini buku indie mengikut skala bi-ti-en.

ikut yang penyelidik bahagian penerbitan bi-ti-en tu,  indie buk ialah buku yang diterbitkan sendiri dan melepasi halangan atau kawalan pihak berkuasa.

untuk jadi negara maju, smua mesti dikawal penguasa. bahan bacaan tentulah penting sangat dikawal. buku adalah bahan mencambah pemikiran. bahan diskasyen.

rumah pena

rumah pena, antara pusat sebaran dakwah indie

bayangkan kesukaran negara kita jika rakyat dibiar berfikir tanpa bloking undang-undang. itu belum lagi andestanding antara kaum yang boleh terjalin jika ia tidak dikawal.

moh lihat senarai syarikat penerbitan indie tersebut.

ikut kata bi-ti-en, geng indie ni antaranya studio anai-anai yang operasyen dorang berpusat di kawasan rumah pena. ai yakin maklumat ni tepat kot, sebab posibeliti ia dikumpul pegawai bi-ti-en sendiri pernah berada di dalam premis itu untuk melengkapkan kajiannya.

cif gerakan indie tu pula seorang penyokong tegar pembangkang!

kalo dorang nak berkumpul atau beracara, di mana? di mana? di bawah tanah kot! Tu, kat sana, kat underground bawah dataran merdeka!

so you all suka atau tak, cadangan disages bi-ti-en BTN dalam slaid itu elok sangat diimplimen cepat.

paling tidak, haramkan buku-buku terbitan kumpulan indie ini imidietli.

takyah pedulilah buku tu lucah atau tak – ben jer. sama ada ia proper atau tak, kita diskas lain. diskas macam kita diskas kamera AES kat lebuh raya lepas ribu-ribu orang kena saman.

ayuh kita beri sokongan padu kat bi-ti-en. kipidap!

 

*Kamon-lah! Artikel ini perlu dibaca secara sinikal, jangan serius sangat.