Berita, Isu Semasa

Lagi ahli PAS letak jawatan di Pulau Pinang

GEORGETOWN, 17 JUN: Menunjukkan pematuhan terhadap keputusan muktamar PAS ke-61 yang memutuskan hubungan dengan DAP baru-baru ini, seorang lagi ahli majlis di Pulau Pinang meletak jawatan.

Dahalan Fazil

Ahli Majlis Dahalan Fazil letak jawatan taat keputusan muktamar.

Ahli Majlis Perbandaran Seberang Prai (MPSP) Dahalan Fazil menyerahkan surat peletakan jawatannya kepada Exco  Pulau  Pinang, Chow Kon Yeow di Komtar semalam.

Hasil muktamar baru-baru ini menyaksikan keputusan parti tersebut yang berpatah arang dengan DAP setelah usul  Dewan  Ulama itu diterima tanpa bahas oleh perwakilan.

Sebelum ini Ahli Majlis Bandaraya Pulau Pinang Mohd Nasir Yahya turut melepaskan jawatan ekoran keputusan  muktamar  itu.

Selain mereka berdua, dua pimpinan atasan PAS Pusat, Mohamad Sabu dan Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa, serta Ketua  Penerangan PAS Pulau Pinang Rosidi Hussain turut meletak jawatan bagi menyatakan ketaatan terhadap keputusan parti  itu. – Roketkini.com