Berita, Isu Semasa

Resipi nasi goreng cili bertangkai Ahmad Maslan igauan ramai

PUCHONG, 18 JUN: Selepas jutaan orang mentertawakan Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan memuat naik gambarnya memasak nasi goreng berhiaskan timun dan cili bertangkai di dalam kuali beberapa hari lalu, hari ini ADUN Kinrara Ng Sze Han pula bergurau menggunakan idea sama.

ng

Masak ala Ahmad Maslan

Memuat naik gambarnya memasak di laman Twitter, Sze Han menyatakan dia dan Ahmad mempunyai persamaan kegemaran iaitu memasak.

“Saya berkongsi hobi yang sama dengan Maslan, gemar masak di rumah. Tapi saya kurang hebat kerana yang saya masak semua kena GST,” sindir beliau.

Demi membuktikan beliau dan kerajaan sangat prihatin kepada rakyat, Ahmad Maslan pada 14 Jun lalu telah memuat naik gambarnya memasak nasi goreng tanpa GST.

“Sesekali sedia sarapan untuk keluarga. Nasi goreng campur resepi tiada GST. Hidang terus. Lepas masak ini ada program UMNO”, ujarnya di Twitter ketika itu.  – Roketkini.com