Berita, Isu Semasa

DAP cabar kerajaan buktikan BTN tidak bersifat perkauman

KUALA LUMPUR, 22 JUN: DAP menyarankan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Razali Ibrahim untuk berhenti bersikap hipokrit apabila mendakwa Biro Tata Negara (BTN) tidak bersifat perkauman.

Ahli Parlimen Batu Kawan Kasthuri Patto berkata, tindakan Razali mendakwa BTN bukan bersifat perkauman sama sekali tidak masuk akal berikutan enam slaid yang dimuat naik dalam laman web mereka baru-baru ini jelas menunjukkan sebaliknya.

logo btn Katanya, Razali yang sebetulnya harus mengemukakan bukti mengapa BTN masih perlu dikekalkan  walaupun ia langsung tidak menyumbang kepada pembangunan negara.

“Macam mana Razali boleh cabar pengkritik bahawa BTN bukan jurucakap perkauman sedangkan jelas ada  bukti kukuh mengenainya. Dengan mempertahankan agensi keji itu, dia yang sepatutnya mengemukakan  bukti.

“Bukan saja BTN perlu dimansuh dan dibubarkan, pembuat dasar BTN juga harus didedahkan bersama  nama-nama mereka yang bertanggungjawab memberikan arahan,” katanya dalam kenyataan.

Timbalan Pengerusi Wanita DAP Pulau Pinang itu menyatakan, enam slaid BTN tersebut antara lain secara jelas memperincikan pecahan dan analisis jumlah kerusi yang dipegang BN serta pembangkang dari 1959 hingga 2013.

Keputusan PRU telah diteliti secara terperinci oleh slaid BTN meliputi saiz majoriti dan etnik termasuk butiran pecahan ahli parlimen di Dewan Rakyat yang dibahagikan kepada Muslim dan bukan Muslim serta kaum.

zairil (1)

Zairil, antara mangsa BTN

Slaid itu juga menyatakan perkara yang perlu dilakukan BN untuk mengukuhkan kuasa selain membuat penyemakan asas sokongan masyarakat Melayu dan Cina.

DAP dan pemimpin mudanya seperti Zairil Khir Johari, Dyana Sofya Mohd Daud dan Young Syefura Othman turut menjadi bahan fitnah dalam slide tersebut.

“Seseorang itu sama ada bodoh atau buta untuk tidak melihat bahawa tidak ada yang patriotik atau apa-apa yang yang berkaitan dengan kakitangan awam mengenai kandungan slBTN.

“Ia hanya percubaan terdesak mereka (kerajaan) untuk meraih sokongan (dan undi) dengan menggunakan taktik kotor murahan untuk mengukuhkan kedudukan dan kuasa mereka dalam persediaan menghadapi pilihan raya umum akan datang,” tegas Kasthuri. -Roketkini.com