Berita, Isu Semasa

ADUN Subang Jaya sumbang RM30,000 kepada masjid

SUBANG JAYA, 23 JUN: ADUN Subang Jaya Hannah Yeoh menyumbangkan lebih RM30,000 kepada 24 masjid dan surau sekitar Subang Jaya semalam.

syed Sumbangan dari sumber peruntukan ADUN beliau itu diserahkan dalam satu majis dialog dan buka puasa di Masjid  al-Falah, di USJ 9.

Majlis turut dihadiri Ahli Parlimen Kelana Jaya Wong Chen dan Nazir Masjid al-Falah Datuk Seri Syed Zainal Abidin

“Kita laksanakan (aktiviti memberi sumbangan ini) setiap tahun.hannah yeoh2

“Pejabat saya dan pejabat Ahli Parlimen Kelana Jaya Wong Chen turut sama berdialog dan berbuka puasa bersama  semua wakil masjid dan surau di Masjid al-Falah,” ujar Hannah dalam kiriman status Facebook miliknya.

Meluangkan waktu bersama masyarakat dalam majlis tersebut, beliau yang ditemani suami turut meraikan ibadah puasa menikmati hidangan buka puasa bersama pengunjung masjid lain.-Roketkini.com