Berita, Isu Semasa

Anwar: Pembangkang akan lebih kuat

Sekalipun Pakatan Rakyat sudah berkubur, Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim yakin pembangkang akan bersatu semula dan lebih kuat selepas ini.

Beliau berkata, niat dan semangat pembangkang menyelamatkan Malaysia akan terus kekal utuh.

WIRA0690“Kita sekarang berusaha untuk menjalin kesepakatan yang lebih kukuh dan yang kekal, supaya rakyat dapat diberikan khidmat lebih baik.

“Saya percaya pembangkang setelah disusun semula dengan kekuatan baru termasuk NGO-NGO akan muncul bersatu dan lebih kuat.

“Walau apa pun, pembangkang masih berfungsi dan teguh di peringkat kerajaan negeri dan parlimen,” katanya dalam perutusan yang disampaikan Pengarah Komunikasi PKR Fahmi Fadzil.

Kata Anwar, masalah yang berlaku sekarang adalah fitrah dalam gabungan politik tapi itu tidak bermakna ia tidak dapat diselesaikan.

Anwar turut menggesa teman-teman pembangkang dan rakyat untuk terus bergerak dalam perjuangan ini sehingga kemenangan dapat dikecapi. – Roketkini.com