Berita, Isu Semasa

Siasat Najib segera

KUALA LUMPUR, 23 JUN: DAP menggesa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) segera menyiasat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan 1MDB atas dakwaan penipuan pilihan raya, kemungkinan menggelapkan wang rakyat serta pecah amanah.

Setiausaha Publisiti DAP Tony Pua berkata berkata, siasatan perlu dibuat berikutan tindakan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Nazri Aziz mempertahankan Najib dan penggunaan dana awam 1MDB.

tony“Walaupun Nazri mengatakan ‘merompak wang daripada sumber tertentu untuk membiayai perkara lain’ adalah dibenarkan, beliau tidak langsung tidak menjelaskan ke mana hilangnya wang 1MDB.

“Najib, Genting Group, 1MDB dan Yayasan Rakyat 1Malaysia (YR1M) bukan saja perlu disiasat SPR kerana melakukan penipuan pilihan raya tapi atas penyelewengan dan kemungkinan menggelapkan dana awam, pecah amanah serta rasuah,” katanya.

Nazri semalam menyatakan jika laporan Wall Street Journal (WSJ) baru-baru ini yang mendakwa 1MDB menyediakan wang untuk Najib berkempen pada PRU lalu adalah benar, maka terbukti wang itu sebenarnya digunakan untuk rakyat.

“Sekiranya laporan WSJ itu terbukti benar, jadi baguslah, kerana ia menunjukkan wang itu tidak hilang.

“Apa salahnya wang tersebut dibelanjakan untuk rakyat? Ini bukan penyelewengan dana, ini menunjukkan kita tidak membazirkan wang,” dakwa Nazri. – Roketkini.com